Connect with us

Oh! Media

Kelab Komedi Crackhouse Ditutup, Pemilik Disenarai Hitam Seumur Hidup

Trending

Kelab Komedi Crackhouse Ditutup, Pemilik Disenarai Hitam Seumur Hidup

Beberapa bulan yang lalu, Kelab Komedi Crackhouse terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan sensitiviti agama.

ADVERTISEMENT

BACA: Bukan Wanita Tu Jer! Netizen Berjaya Korek Seorang Lagi Pelawak Solo Sindir Islam

Antaranya ialah, seorang wanita yang mempersendakan agama dengan membuka baju ketika melakukan persembahan jenaka solo di premis berkenaan.

Premis ditutup, pemilik disenarai hitam seumur hidup

Terbaru, pemilik kelab komedi berkenaan disahkan tidak boleh untuk mendaftarkan lesen perniagaannya di mana-mana premis di ibu negara selepas namanya telah disenarai hitamkan seumur hidup.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat dijalankan Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bersetuju untuk membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuat kuasa 30 Julai lalu.

Malah, kita juga mengambil keputusan menyenaraihitamkan pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan.

Tambah Jalaluddin lagi, beberapa kelab lain yang disyaki terlibat dengan aktiviti seakan sama dengan premis itu juga sedang dipantau pihaknya.

Sebarang lesen hiburan yang kita kemuka dan keluarkan kepada setiap premis mesti mengikut peraturan ditetapkan.

Bagi pihak yang melanggar syarat pelesenan, maka mereka tidak akan terlepas daripada tindakan tegas.

Pada masa sama, tindakan, pemantauan serta pemeriksaan akan dilakukan secara berkala oleh DBKL kerana kita tidak mahu ada yang terlepas daripada tindakan kami.

Untuk info, selain daripada persembahan wanita yang membuka baju itu, pengasas dan pemilik bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel turut terpalit dengan kontroversi selepas tersebarnya video persembahan lawak dibuatnya yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas