Connect with us

Oh! Media

Hampir 10,000 Individu Tidak Datang Janji Temu Suntikan Vaksin Di Kelantan

COVID-19

Hampir 10,000 Individu Tidak Datang Janji Temu Suntikan Vaksin Di Kelantan

Di Kelantan, hampir 10,000 individu rata-rata berusia 60 tahun ke atas tidak menghadirkan diri untuk menerima vaksin Covid-19 sehingga semalam.

ADVERTISEMENT

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, antara punca kegagalan mereka untuk hadir menerima suntikan tersebut disebabkan masalah kesihatan dan menunda tarikh lain, lapor Harian Metro.

Ada juga yang memberitahu mereka tidak dapat hadir disebabkan masalah peribadi selain tidak memaklumkan sebarang alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Gambar Hiasan

Kesemua yang tidak hadir mendapat suntikan vaksin ini ialah mereka yang berdaftar bagi fasa kedua

Bila dapat senarai sehari atau dua hari sebelum, kami akan menghubungi setiap orang sama ada mereka boleh hadir atau tidak pada masa yang ditetapkan

Walau bagaimanapun, bukan 100 peratus pihaknya dapat menghubungi individu terlibat kerana terlalu ramai yang mendaftar di aplikasi MySejahtera dan ada juga yang tidak menjawab panggilan.

Pemakluman daripada beliau, sesiapa yang ingin menunda tarikh atau lokasi PPV perlu menghubungi hotline MySejahtera bagi proses pertukaran.

Pun begitu, mana-mana individu yang tidak dapat hadir untuk menerima vaksin pada tarikh janji temu yang sudah ditetapkan, pihaknya akan menghubungi orang lain untuk menggantikan tempat. Hal ini bertujuan supaya tiada pembaziran bekalan vaksin berlaku.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas