Connect with us

Oh! Media

Pasangan Positif Covid-19, Jiran ‘Offer’ Diri Nak Tolong Jaga Anak-Anak

COVID-19

Pasangan Positif Covid-19, Jiran ‘Offer’ Diri Nak Tolong Jaga Anak-Anak

Dalam kehidupan berjiran, masyarakat perlu menjaga hubungan baik di antara satu sama lain. Perkara ini penting sekiranya seseorang memerlukan pertolongan di waktu kecemasan.

ADVERTISEMENT

Seperti video viral di TikTok ini, pasangan ibu bapa yang disahkan positif Covid-19 terpaksa menyerahkan anak kepada jiran untuk dijaga. Mendapat lebih 500k tontonan, orang ramai memuji sikap jiran yang baik hati.

@ramziyusof

##COVIDISREAL JANGAN MAIN MAIN WAHAI RAKYAT MALAYSIA..BUATLAH PKP PENUH KAMI SENDIRI PUN TAK TAHU DARI MANA DATANG ALLAHU..

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Menerusi temu bual bersama Harian Metro, ibu kepada dua anak, Nor Era Fadzirah Mahat mengucapkan syukur kerana mempunyai jiran sebegitu. Menurutnya, jiran sanggup mengambil risiko menjaga anak-anaknya buat sementara waktu.

Keputusan (ujian calitan) keluar jam 11 malam pada hari sama dan klinik maklumkan semua orang dewasa positif, manakala keputusan kanak-kanak pula negatif.

Pada waktu itu, kami semua buntu sebab anak kecil lagi, urusan penjagaan macam mana.

Dia dan suami tidak mempunyai pilihan lain kerana kakak serta abang ipar yang menetap di rumah sama juga disahkan positif wabak.

@ramziyusof

##COVIDISREAL ##Day3 @ferramahat94 @eylamahat

♬ Aku Bidadari Syurgamu – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Jiran yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu menghulurkan bantuan secara sukarela untuk menjaga dua anaknya serta seorang anak saudara.

Agak sedih sebenarnya bila sebut pasal anak sebab tak pernah berenggang dan kami terpaksa berjauhan dalam masa yang lama.

Kerana itu kami ingin nasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati kerana kanak-kanak tidak salah, kita sebenarnya pembawa virus itu apabila kita keluar bekerja dan sebagainya.

Katanya lagi, jiran sudah melakukan swab test dan keputusan menunjukkan negatif.

Pada awalnya memang kami ingin bagi keluarga sendiri jaga iaitu mak cik saya tetapi jiran nasihat lebih baik duduk dengan mereka.

Ini kerana mak cik saya menghidap asma dan kesihatannya mungkin berisiko jika dijangkiti Covid-19.

Semasa mengemas barang anak, wanita ini menggunakan set alat perlindungan peribadi (PPE) sebagai langkah berhati-hati. Ujarnya, setakat ini anak baik-baik sahaja.

Kredit: Harian Metro , ramziyusof

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas