Connect with us

Oh! Media

Pemuda Asal Kelantan Ini Dedah Kena ‘Reject’ Mentah-Mentah Bakal Mentua, Ini Alasannya

pemuda kelantan

Oh! Tidak

Pemuda Asal Kelantan Ini Dedah Kena ‘Reject’ Mentah-Mentah Bakal Mentua, Ini Alasannya

Setiap pasangan yang bercinta pasti akan memohon restu daripada ibu bapa mereka sebelum pergi ke fasa seterusnya iaitu berkahwin.

ADVERTISEMENT

Tapi ada satu cerita ni dimana seorang pemuda kena ‘reject’ mentah-mentah oleh bakal mentuanya kerana berasal dari Kelantan. Apa salah orang Kelantan sampai jadi macam tu sekali?

Menurut laporan mStar, pemuda yang dikenali sebagai Wan mendedahkan yang hanya dia berasal dari negeri itu, cintanya tidak kesampaian dan menganggap perkara ini tidak masuk akal.

Kisah saya dengan ex saya dulu, kami bercinta lima tahun lebih, dekat enam tahun. Daripada zaman universiti membawa ke zaman pekerjaan dua tahun, lepas tu kita dah boleh move to next step la kan.

Saya nak jumpa keluarga dia, saya tak beritahu keluarga saya lagi. saya nak jumpa keluarga dia dulu, kita ni nak gentleman.

Pergilah jumpa. Apabila dah sampai sana, dia (bakal mentua) macam tak beritahu direct, tapi saya rasa dia tak suka saya sebab saya ni berketurunan Pantai Timur dari Kelantan.

Sampai sekarang hari-hari saya mendoakan dia akan mendapat menantu yang pemalas betul-betul.

Bukan tu jer, ibu bapa wanita itu juga risau sekiranya anak mereka berkahwin dengan lelaki dari Kelantan yang dianggap pemalas. Bukan pasal negeri, kalau lelaki tu malas, malaslah dia! 

Dia cakap dia tak nak nanti anak cucu dia dapat keturunan pemalas, orang lelaki Kelantan ni kan pemalas. Dia tak reject direct tau, dia macam indirectly cakap kita ni pemalas.

Nanti menyusahkan anak dia. Masa saya jumpa tu pun, anak dia dah kerja okey sikit daripada saya. Dia rasa macam saya ni nak menumpang anak dia.

Perkara itu buatkan Wan terpaksa berpisah dengan cinta hatinya selepas mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hubungan mereka.

Apabila rasa vibe tak best, tak seronok, kita rasa tercabarlah sedikit. Saya direct cakap kalau keluarga awak tak suka disebabkan kita ni konok-konon pemalas, tak apalah sampai sini. Saya pun tak nak apabila dah kahwin nanti ia jadi lagi serius.

Tak best hubungan tu. Keluarga dah ada persepsi macam tu. Kita berpisah secara baik tapi sampai sekarang hari-hari saya mendoakan dia akan dapat menantu yang betul-betul pemalas.

Memang kalau kahwin perlu dapat restu dari ibu bapa, tapi kalau dah disebabkan perkara sebegitu tak direstui, kesian juga pada anaknya. Apa pandangan korang? 

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas