Connect with us

Oh! Media

Wanita Kelantan Paling Ramai Idamkan Warga Asing Sebagai Suami

wanita kelantan

Trending

Wanita Kelantan Paling Ramai Idamkan Warga Asing Sebagai Suami

Siapa yang masih bujang tu, mungkin jodoh korang sebenarnya bukan orang Malaysia tapi orang luar negara. Ohmedia cakap macam tu selepas tengok data yang menunjukkan orang Malaysia banyak berkahwin dengan warga asing untuk hilangkan rasa sunyi.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan New Straits Times, wanita yang berkemampuan dan mempunyai perniagaan di Kelantan lebih gemar memilih warga asing untuk dijadikan suami.

Wanita Kelantan sediakan semua keperluan untuk suami warga asing…

Mereka juga dilihat akan menyediakan segalanya kepada suami warga asing terbabit seperti elaun bulanan, penginapan, kereta dan juga menguruskan perniagaan sendiri.

Semua yang disediakan mereka ini adalah sebahagian daripada perjanjian perkahwinan kontrak. Kebanyakan pasangan ini membuat perjanjian tersebut untuk bersama dalam satu tempoh masa yang ditetapkan atau tidak lebih dari lima tahun.

Sebanyak 17,137 permohonan dibuat oleh penduduk Kelantan…

Jika dilihat jumlah di atas, data yang dikeluarkan imigrisen bagi tahun 2022 itu adalah permohonan pas lawatan sosial untuk pasangan warga asing mereka. Sebanyak 12,000 permohonan daripada jumlah itu pula datang daripada wanita Kelantan.

Mereka ini juga akan memilih warga asing dari negara Thailand, Bangladesh dan Myanmar dengan alasan mahu menghilangkan rasa sunyi kerana belum berkahwin.

Selain daripada ingin kembangkan perniagaan, mereka juga dilihat memilih warga asing kerana orang tempatan tidak mahu berkahwin dengan wanita yang lebih berumur.

Kredit: New Straits Times

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas