Connect with us

Oh! Media

CITF Memohon Maaf Atas Kesulitan Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Semalam

COVID-19

CITF Memohon Maaf Atas Kesulitan Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Semalam

Program Imunisasi Vaksin Covid-19 Kebangsaan telah pun berlangsung sejak beberapa bulan lalu, oleh itu kerajaan menggalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin untuk mengurangkan risiko komplikasi virus tersebut.

ADVERTISEMENT

Pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuka semalam jam 12.15 tengah hari untuk peringkat umur 18-60 tahun bagi negeri Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak tetapi rata-rata rakyat meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem pendaftaran tersebut.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi orang ramai dalam membuat tempahan vaksin AstraZeneca bagi pusingan kedua.

CITF dalam kenyataan memaklumkan berlaku gangguan teknikal menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman sesawang mereka, semasa tempahan dibuka tengah hari semalam.

“Kami memandang serius masalah berkenaan dan tindakan akan diambil kepada pihak berkaitan demi kepentingan awam serta negara.

“Kami mengambil maklum bahawa ramai rakyat yang berminat untuk divaksin tetapi gagal untuk membuat tempahan,” kata kenyataan itu.

Dilaporkan sebanyak 956,609 tempahan janji temu telah berjaya dibuat bagi pendaftaran pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca semalam.

Walaubagaimanapun, menurut kenyataan itu, individu yang mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat suntikan terutama apabila kadar vaksinasi ditingkatkan

Kredit : HarianMetro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu menarik dan yang pasti terkini

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

To Top