Connect with us

Oh! Media

Cakap Kasar Dengan Orang Tua, Usahawan Ini Undang Kecaman Netizen

Cover Photo Om 1200 X 675 14

Trending

Cakap Kasar Dengan Orang Tua, Usahawan Ini Undang Kecaman Netizen

Di Twitter, viral rakaman Instagram Story memaparkan seorang lelaki yang merupakan usahawan terkenal melayani warga emas dengan kasar. Dalam video berdurasi 50 saat itu, usahawan tersebut dipercayai mempersoal mengenai kisah lampau warga emas yang dikatakan kurang berusaha.

Turut kedengaran usahawan itu bertanyakan sama ada warga emas itu menyesal dengan apa yang dilakukannya ketika muda.

Tindakan itu ternyata mengundang rasa kurang senang netizen. Rata-rata daripada mereka menganggap usahawan berkenaan terlalu biadab dan tidak menghormati orang tua.

IKLAN

Di hantaran lain, usahawan berkenaan dipercayai memberi wang sebagai penghargaan di atas keberanian warga emas itu tampil ke hadapan menceritakan mengenai kisah silamnya. Warga emas itu dikatakan turut memberitahu sebab utama kenapa mahu mengubah hidup.

Mendapat lebih 8,000 retweet dan 6,000 tanda suka, netizen meluahkan rasa marah dan mempersoalkan adab usahawan tersebut. Menurut mereka, seorang individu hendaklah saling menghormati tanpa merendah-rendahkan kehidupan orang lain.

Biadap
C3e
C4e
C5e

Netizen turut meluahkan rasa simpati dan membayangkan jika warga emas itu adalah bapa mereka sendiri. Sudah pasti, seorang anak tidak sanggup melihat bapa diperlakukan sedemikian apatah lagi di khalayak ramai.

Kredit: IbuPeri__

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas