
Oh! Politik
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim Buat Pertemuan Khas Dengan Bilal Di Kuala Lumpur
Oleh
Pada
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada selasa (6 Disember 2022) dilaporkan bertemu dengan anak lelaki Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan iaitu Bilal Erdogan.
ADVERTISEMENT
Pertemuan istimewa itu hanya dimaklumkan Anwar pada hari ini di Facebook miliknya yang berkata Bilal sedang melakukan kunjungan khas ke Kuala Lumpur.

InsyaAllah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat. – Tulis PM.
Untuk pengetahuan korang, Bilal merupakan anak kedua Erdogan yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Lawatan Bilal ke Malaysia juga dilihat seiring dengan ucapan tahniah yang diberikan Erdogan kepada Anwar sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Kredit: Harian Metro
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Topik berkaitan:anwaribrahim, bilalerdogan, erdogan, Malaysia, turkiye
