Connect with us

Oh! Media

“Selangor FC Sedia Berdepan Dengan Apa Jua Tindakan”- Sultan Selangor Utamakan Keselamatan Pemain

Sultan Selangor

Oh! Arena

“Selangor FC Sedia Berdepan Dengan Apa Jua Tindakan”- Sultan Selangor Utamakan Keselamatan Pemain

Keputusan Selangor FC untuk menarik diri dari Perlawanan Sumbangsih telah diperkenan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

BACA: Sayu Dengar Bapa Faisal Halim Beri Kenyataan Panjang Lebar Akibat Anak Disimbah Asid

Menurut laporan Berita Harian, susulan daripada insiden Faisal Halim disimbah asid, baginda berpandangan keputusan pasukan Selangor FC tidak menyertai perlawanan berkenaan adalah tepat.

IKLAN

Selaku penaung kelab ini juga baginda bertitah keadaan mental pemain juga mendorong keputusan demikian dibuat.

Selangor fc

Baginda turut menegaskan bahawa Selangor FC sedia berdepan dengan apa jua tindakan, susulan daripada keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan ini.

Baginda bertitah, keutamaan ketika ini adalah nyawa serta keselamatan pemain, dan bukannya untuk memenangi piala berkenaan.

Baginda juga mahu semua pihak memahami bahawa tahap keseriusan insiden yang membabitkan nyawa pemain sebegini adalah tidak sama dengan kes-kes sebelum ini, apatah lagi ia berlaku sangat hampir dengan tarikh perlawanan.

Dalam kenyataan yang dikongsi, baginda juga turut meluahkan rasa kecewa kerana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan penangguhan perlawananan berkenaan.

Betul tu, keselamatan pemain lagi penting daripada perlawanan. Didoakan semua berjalan dengan lancar buat Selangor FC.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas