Connect with us

Oh! Media

Tangan Dan Kaki Diikat, Lelaki OKU Bisu Maut Dalam Kejadian Samun Bersenjata

oku maut disamun

Oh! Tidak

Tangan Dan Kaki Diikat, Lelaki OKU Bisu Maut Dalam Kejadian Samun Bersenjata

Seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkurung Tiga Jam Dalam Van, Seorang Kanak-Kanak Austisme Meninggal Dunia

Dalam kejadian itu, seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) bisu maut dipercayai dibunuh suspek yang memecah masuk rumah mangsa.

samun oku

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata semakan mendapati suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah dan lima rekod dadah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Memetik laporan Berita Harian, kejadian samun di sebuah rumah dua tingkat itu berlaku kira-kira jam 6.30 pagi.

samun oku

Mangsa yang dibunuh tinggal bersama ibu dan bapanya yang merupakan warga emas berusia 70 dan 80-an.

Menurut keterangan bapa mangsa yang merupakan pengadu kes, dia yang tidur di bilik berasingan bangun untuk mengejutkan isterinya yang tidur di bilik lain.

Dia mendapati tangan dan kaki isterinya diikat menggunakan kabel manakala mulut disumbat dengan kain serta pita pelekat hitam. Terdapat juga kesan luka di jari kanan isterinya.

Kemudian, pengadu pergi ke bilik anak lelakinya (seorang OKU bisu) juga didapati dalam keadaan sama seperti isterinya namun tertiarap di lantai dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri.

Pegawai perubatan dari Hospital Bukit Mertajam (HBM) segera dihubungi namun anaknya disahkan meninggal dunia sebelum mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

Di TikTok, tular video kenang-kenangan mangsa yang menjadi penyeri kanak-kanak di sebuah sekolah. Netizen di ruangan komen tumpang bersedih dengan pemergian arwah yang disifatkan sangat baik dan tidak pernah membuat kacau.

oku

Kredit: Berita Harian | TikTok Yaya UnLy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas