Connect with us

Oh! Media

Kenali Siapa Nora Al Matrooshi Angkasawati Negara Arab Pertama Di Dunia

Oh! Inspirasi

Kenali Siapa Nora Al Matrooshi Angkasawati Negara Arab Pertama Di Dunia

Pada 7 Julai lepas, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengumumkan buat julung kalinya seorang angkasawati pertama dari negara Arab iaitu Nora Al Matrooshi.

ADVERTISEMENT

Nora merupakan anggota program angkasa lepas UAE bersama seorang lagi angkasawan bernama Mohammad Al Mulla.

Nora dan Mulla sebelum ini telah menyertai Kelas Calon Angkasawan NASA 2021 dan kini memulakan latihan dalaman yang bakal berakhir Disember ini.

Wanita berusia 28 tahun ini menjelaskan dia sudah memasang cita-cita untuk menjadi seorang angkasawan sejak kecil lagi dan ahli keluarga serta negara telah memberi sokongan padu kepadanya untuk merealisasikan impiannya.

Motivasi saya di sebalik pendaftaran ke program angkasa lepas Emiriah Arab Bersatu adalah kerana ia merupakan impian saya sewaktu kecil dan keinginan saya untuk menjadi seorang angkasawati. – Katanya.

Untuk pengetahuan, Nora kini sedang bekerja di Syarikat Pembinaan Petroleum Nasional Abu Dhabi dengak kelulusan kejuruteraa mekanikal.

Sebanyak 4,300 telah menyertai program ini dan Nora terpilih selepas disaring berdasarkan kemampuan ilmiah, pendidikan dan pengalaman latihan mereka.

Bila agaknya dunia akan menghantar lagi manusia untuk jejakkan kaki di Bulan? Apapun semoga berjaya buat Nora dan Mulla dalam misi ke angkasa lepas.

Kredit: kompas.com

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas