Connect with us

Oh! Media

Tidak Menyorok Lagi! UAE Didakwa Benarkan Perjudian Dan Kasino Mewah Bakal Dibuka 2026

uae

Trending

Tidak Menyorok Lagi! UAE Didakwa Benarkan Perjudian Dan Kasino Mewah Bakal Dibuka 2026

Semakin rancak nampaknya Emiriah Arab Bersatu (UAE) ni sekarang dengan segala hiburan yang dibawa ke negara itu. Sehingga hari ini, banyak pihak telah mempertikaikan segala yang dilakukan UAE dan terbaru mereka didakwa telah ‘menghalalkan’ atau membenarkan perjudian.

ADVERTISEMENT

Ini apabila UAE dimaklumkan telah melakukan perjanjian bersama pengendali kasino gergasi yang bertapak di Las Vegas iaitu Wynn Resorts.

Memetik laporan Daily Mail, resort mewah ini akan dibina di Ras al-Khaimah di pulau buatan Al-Marjan dengan kos pembinaan mencecah bilion dolar. Resort mewah ini akan dilengkapi dengan 1,000 bilik hotel mewah, pusat beli-belah, pusat konvensyen dan juga tempat berjudi.

Kalau korang sampai sini yang dijangka siap pada tahun 2026 akan dapat melihat pemandangan indah teluk Arab. Nampaknya, UAE tak menyorok lagi selepas apa dilaporkan ini.

Sudah ada 2 pemilik kasino terbesar dunia berminat dengan UAE

Sebelum ini, pengendali kasino, Caesars Palace turut telah mengumumkan pembinaan pusat peranginan besar-besaran di Dubai tetapi tidak melibatkan sebarang aktiviti perjudian. Bagaimanapun, lain pula apa yang diumumkan Wynn Resorts dan Ras al-Khaimah yang hanya memfokuskan pembinaan tempat perjudian tanpa mengulas lanjut.

Pematuhan terhadap semua undang-undang dan peraturan yang terpakai termasuk undang-undang jenayah kewangan daripada pengendali, pembekal dan pekerja. – Kata pihak berkuasa UAE.

Menurut The Associated Press, Pihak Berkuasa Pembangunan Pelancongan UAE berulang kali enggan menjawab soalan sama ada perjudian melibatkan pertaruhan tunai. 

Kita tunggu dan lihat sahajalah apa yang akan dilakukan UAE lepas ni. Apapun, kita sebagai orang Islam yang menolak sekeras-kerasnya perjudian harus terus menjaga diri, keluarga, kawan-kawan dan insan tersayang dari terjebak dengan judi ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas