Connect with us

Oh! Media

Negara Islam Jordan Setuju Salurkan Tenaga Elektrik Ke Penempatan Haram Israel?

jordan

Trending

Negara Islam Jordan Setuju Salurkan Tenaga Elektrik Ke Penempatan Haram Israel?

Apa sudah jadi dengan negara Islam? Kami agak terkejut apabila baca satu berita di mana negara Jordan dilaporkan akan membantu negara haram Israel bekalkan elektrik di penempatan haram. Lebih menyedihkan apabila penempatan haram itu didirikan di bumi Gaza dan Jordon membantu musuh Islam.

ADVERTISEMENT

Bukan hanya Jordan!

Memetik laporan Middle East Monitor, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijangka akan membantu Israel dan menandatangani perjanjian kerjasama di Dubai. Perjanjian ini termasuk membantu Israel mendapatkan tenaga elektrik dari Loji Tenaga Suria (PLTS) yang terletak di padang pasir Jordan.

Jordan dilihat amat terdesak sehingga sanggup bekerjasama dengan musuh semata-mata ingin mendapatkan bekalan air terawat dari Israel.

Perjanjian terbesar dalam sejarah Israel bersama negara Arab

Then-prime minister Benjamin Netanyahu, United Arab Emirates Foreign Minister Abdullah bin Zayed al-Nahyan, and Bahrain Foreign Minister Khalid bin Ahmed Al Khalifa, stand on the Blue Room Balcony during the Abraham Accords signing ceremony on the South Lawn of the White House on September 15, 2020, in Washington. (AP Photo/Alex Brandon)

Tidak pasti apa lagi yang mereka persetujui dalam perjanjian terbesar ini. Tandatangan kerjasama serantau terbesar antara Israel dengan negara Arab ini dihadiri pegawai kanan AS. Untuk pengetahuan, kerjasama diumumkan selepas beberapa bulan melakukan rundingan rahsia antara tiga negara.

Rancangan ini buktikan Jordan mahu berkhidmat untuk kepentindan Israel. – Kata pakar Palestin, Dr Saleh Al Naami.

Sememangnya banyak pihak tidak bersetuju dengan kerjasama yang dilakukan negara-negara Arab dengan Israel. Namun apa yang boleh kita lakukan, mereka mempunyai kuasa dan mampu buat apa sahaja untuk kepentingan mereka.

Kredit: Middle East Monitor

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas