Connect with us

Oh! Media

Najib Mohon Larangan Dokumentari ‘Man On The Run’, Hantar Surat Kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia 

Ohmedia  Najib

Oh! Negara

Najib Mohon Larangan Dokumentari ‘Man On The Run’, Hantar Surat Kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia 

Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak menghantar surat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menurunkan dan melarang tayangan dokumentari bertajuk ‘Man On The Run’ dalam perkhidmatan aplikasi kandungan, Netflix.

Menurut laporan berita Kosmo, Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak yang di wawancara dalam dokumentari itu menyatakan pelbagai perkara terhadap anak guam yang antara lain bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

IKLAN
Najib

Ujarnya, ia juga belum dan tidak pernah dibuktikan sama ada melalui keterangan dokumentari dan lisan saksi yang dikemukakan dalam mana-mana perbicaraan termasuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan, dokumentari ‘Man On The Run’ adalah kisah mengenai skandal penyelewengan dana 1MDB dan telah ditayangkan di negara ini pada 5 Januari lalau.

Malah, tayangan dokumentari itu menjadi tumpuan di Mahkamah Tinggi di sini dan menyifatkan penghinaan mahkamah kerana perbicaraan masih berjalan.

Dokumentari arahan Cassius Michael Kim juga memaparkan temu bual bersama Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal itu, malah turut ada temu bual dengan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim, Pengarang Sarwak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Najib

BACA: “Bossku Dapat Keadilan” – Anak Najib Syukur Bapa Bebas Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dibebaskan daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan Akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas