Oh! Negara
MP Bangi Tampil Bersuara Lepas Dituduh Senyap Isu Pijak Al-Quran
Syahredzan Johan dakwa difitnah tidak bersuara isu pijak al-Quran, jelaskan beliau sudah awal mengutuk insiden tersebut.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan baru-baru ini menggesa tindakan tegas terhadap individu yang didakwa menghina simbol suci agama Hindu iaitu ‘Trisula’.
BACA: “Aku Ternampak Ada Batang Besi Konkrit Yang Tajam” – Tamim Dahri Jelaskan Insiden Di Langkawi
Kenyataan beliau mengundang pelbagai respon sehingga beliau dituduh berat sebelah dan berdiam diri isu penghinaan terhadap al-Quran.
Terbaru, Syahredzan menjelaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar dan bersifat fitnah.
Dakwa sudah awal kutuk insiden pijak al-Quran

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Syahredzan berkata beliau sudah menjangka tuduhan seperti itu akan muncul selepas beliau mengeluarkan kenyataan mengenai ‘trisula’.
Katanya, ramai yang menuduh beliau tidak bersuara sehingga beliau perlu memuat naik semula kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa kenyataan yang mengutuk tindakan menghina al-Quran itu sebenarnya sudah pun dilaporkan secara meluas oleh media.
Minta orang ramai semak fakta dahulu

Dalam masa sama, Syahredzan berkata beliau tidak mempunyai masalah menerima kritikan atau kecaman daripada orang ramai.
Namun beliau berharap orang ramai berlaku adil dan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan di media sosial.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terus menyebarkan fitnah dan sebaliknya memperbanyakkan amalan ibadah terutama dalam 10 malam terakhir Ramadan.
Pssttt! Dalam era media sosial hari ini, maklumat boleh tersebar dengan sangat pantas. Namun tanpa semakan yang betul, ia juga boleh membawa kepada salah faham dan fitnah. Sebab itu penting untuk kita tabayyun dan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum menuduh atau berkongsi sesuatu perkara.
Kredit: Facebook Syahredzan Johan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM