Oh! Lifestyle
Ini Manfaat Buah Nanas Pada Kulit Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Oleh
Buah tropikal iaitu nanas bukan sahaja memberi anda kelazatan tetapi mempunyai pelbagai manfaat pada kulit anda.
Nanas merupakan antara ramuan penjagaan kulit yang mujarab kerana mempunyai vitamin, enzim dan antioksidan yang dapat menyelesaikan masalah anti-penuaan.

Kuasa Vitamin C Untuk Kecergasan Kulit
Buah nanas sebenarnya kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan pertahanan kulit daripada radikal bebas dan membantu mencapai kulit yang sihat serta berseri.
Malah, vitamin C juga dapat merangsang pengeluaran kolagen, meningkatkan keanjalan kulit dan meminimumkan garis halus dan kedutan.
Bantu Atasi Masalah Jerawat
Bagi mengatasi masalah jerawat yang degil, anda boleh menggunakan nanas kerana ia kaya dengan vitamin C dan bromelain.

Vitamin C dapat membantu memudarkan parut jerawat dan menggalakkan penyembuhan kulit, manakala bromelain membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan mencegah jerawat.
Mencerahkan Kulit Secara Semulajadi
Enzim dan asid nanas berfungsi secara harmoni untuk memerangi hiperpigmentasi dan tona kulit tidak sekata.
Dalam pada itu, dengan menggunakan produk berasaskan nanas secara tetap boleh memudarkan bintik-bintik gelap dan menjadikan kulit yang lebih cerah dan bercahaya.
Penggalak Penghidratan Untuk Kulit Anjal
Kandungan air nanas yang tinggi dapat memberikan rangsangan semula jadi untuk penghidratan kepada kulit anda.
Tambahan, penghidratan yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan keanjalan kulit, mencegah kekeringan, dan mencapai kulit yang anjal.

BACA: Ini Manfaat Buah Tomato Pada Kulit Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Kredit: Hijabista
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia Isu kesihatan ni jangan ambil mudah ya!
♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media
