Connect with us

Oh! Media

Ini Manfaat Buah Tomato Pada Kulit Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Ohmedia tomato

Oh! Lifestyle

Ini Manfaat Buah Tomato Pada Kulit Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sebenarnya, buah tomato kaya dengan pelbagai kelebihan bukan sahaja untuk dimakan tetapi boleh juga digunakan untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut.

Tambahan, buah tomato sarat dengan vitamin A dan C,malah jika semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak.

Dalam pada itu, buah tomato ini memiliki kandungan air yang tinggi, tomato boleh membantu melembapkan kulit dan membuatkannya lebih sihat.

IKLAN

Kecilkan Liang Pori

Caranya adalah dengan campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.

Tomato

Atasi Masalah Kulit Kering

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, anda boleh campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker, sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering, kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.

Kulit Badan Mulus

Untuk mengembalikan kelembapan kulit, lenyekkan tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Anda boleh lakukan penjagaan ini seminggu sekali, bagi mendapatkan hasil yang baik.

Tomato

Bantu Atasi Kelemumur

Bagi anda yang mengalami masalah kelemumur, lenyek tomato, sapukan di bahagian kulit kepala. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat dua kali seminggu, kulit kepala akan bersih dan bebas kelemumur.

Rawat Rambut Kering

Malah, buah tomato juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Dalam pada itu, tomato bukan sahaja mudah untuk didapati tetapi juga boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak kegunaan tomato untuk tujuan kecantikan.

Kredit: Hijabista

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas