Connect with us

Oh! Media

“Tak Setuju Saiz, Jangan Makan, Peniaga Pula Jangan Perangkap”, Ini Respon UAI Tentang Siakap Kayangan

siakap kayangan

Oh! Islam

“Tak Setuju Saiz, Jangan Makan, Peniaga Pula Jangan Perangkap”, Ini Respon UAI Tentang Siakap Kayangan

Tidak dapat elak lagi! Selama beberapa hari ini kita terpaksa hadap dengan isu ikan siakap selepas semakin ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Ini apabila harga yang dikenakan sesetengah peniaga restoran terhadap siakap dilihat tidak masuk akal dan cekik darah.

ADVERTISEMENT

BACA: Kecoh Pelanggan Kena Bayar RM1,196 Untuk Ikan Siakap, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

Tapi isu ini tidak terjadi di tempat lain dan hanya berlaku di pulau Langkawi, Kedah. Isu pertama berlaku apabila pelanggan dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk siakap seberat 7.48kg. Ada banyak yang berlaku pasal kes ini, tapi korang baca lebih lanjut dekat website ohmedia.

BACA: Siakap Kayangan! Satu Lagi Pelanggan Rasa Tertipu Diberi Siakap Besar ‘Gila’ Tanpa Persetujuan Dan Dicaj RM1,738.70

Sekarang kita nak lihat pula apa pandangan pendakwah, Ustaz Azhar Idrus terhadap apa yang berlaku.

Sampaikan bro Dd Cronicle pun dah buat lagu khas siakap dengan rentak lagu Siti Nurhaliza, Nirmala. Haha!

Macam biasa, sebelum UAI jawab mesti kena ada soalan dari netizen dulu

Soalan:

Biasa sebuah keluarga seramai lima hingga tujuh orang akan memesan dua ekor ikan seberat 1kg hingga 2kg. Bagaimana jika tanpa persetujuan pelanggan, ikan yang dipesan itu seberat 7kg.

Jawapan:

Apa yang perlu fahami ialah konsep asal jual beli ini. Hakikatnya kita perlu membeli terlebih dahulu kemudian barulah boleh dimakan. Contohnya ayam goreng KFC, kita akan membayar terlebih dahulu. Ia menjadi hak milik kemudian barulah ia dimakan. Itu asal konsep jual beli.

Kalau kita pesan makanan, ikan seberat 2kg, peniaga hantar ikan 10kg, maka jangan makan. Kalau kita makan juga, ia bermakna kita bersetuju dengan saiz ikan.

UAI turut ingatkan peniaga jangan ambil kesempatan

Pihak penjual pula ambil kesempatan. Pelanggan buat pesanan lain, tapi penjual masak dan hidang yang besar. Misalnya pelanggan pesan dua ekor ikan, tapi dihidangkan empat ekor ikan. Ini dipanggil helah. Helah itu hukumnya haram.

Jangan main-main, nak berjual beli belajarlah dahulu. Supanya bila berniaga ia barakah (berkat).

Kalau standard lima hingga enam orang makan, tidak sepatutnya hantar ikan seberat 7kg. Ikan siakap bukanlah ikan yang sering dimakan golongan bangsawan. Tidak seperti kerapu atau spesies ikan ‘kayangan’ lain.

Jadi kita perlu hantar lauk itu atas jalan uruf. Jangan hantar kepada orang yang tidak makan harga ikan sebegitu dan kita pula diam tidak maklumkan. Ia akan mewujudkan perkelahian.

UAI turut kecewa dengan sikap peniaga panaskan semula lauk semalam tidak habis

Memang tidak dapat dinafikan ada banyak perangkap yang dilakukan sesetengah peniaga restoran makan semata-mata ingin mengaut keuntungan lebih. Ini apabila ada peniaga yang menghantar hidangan yang tidak dipesan dan pelanggan terpaksa menerima kerana tidak sanggup menolak makanan yang dihantar. Ini juga satu perangkap!

Untuk jawapan penuh UAI boleh lihat video di bawah

Kredit: Youtube Ustaz Azhar Idrus Official

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas