Connect with us

Oh! Media

“Nampak Tali Merah Tu” – Pakaian Bella Astillah Ditegur Terlalu Seksi

Ohmedia bella

Oh! Artis

“Nampak Tali Merah Tu” – Pakaian Bella Astillah Ditegur Terlalu Seksi

Netizen siap kaitkan dengan status tunang YB Syed Saddiq.

Nama selebriti popular Bella Astillah kembali menjadi perhatian disebabkan penampilannya yang didakwa terlalu seksi.

Menerusi satu perkongsian oleh akaun juruhias rambut, Bella dilihat tampil anggun dengan gaya rambut sanggul moden, namun pakaian yang dipakainya pula mengundang pelbagai reaksi netizen.

Netizen fokus pada bahagian belakang pakaian

Kredit foto Thread Ar Bridal Touch

Menurut netizen, pakaian yang menampakkan bahagian belakang yang agak terbuka itu tidak sesuai dipakai Bella.

IKLAN

Lebih hangat, ada juga netizen yang mengaitkan penampilan Bella dengan status dirinya yang kini dikatakan tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Segelintir komen mempersoalkan imej yang dibawa, dengan mengatakan Bella sepatutnya menjaga penampilan lebih sopan memandangkan pasangannya merupakan figura politik.

Bella Astillah

Namun, perkara itu turut mengundang perdebatan apabila ada yang merasakan isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan dan bersifat terlalu peribadi.

Bella Astillah

Pssttt! Bila melibatkan selebriti dan figura awam, memang setiap gerak-geri akan diperhatikan. Tapi dalam masa sama, kita juga kena ingat untuk tidak terlalu cepat menghukum hanya berdasarkan penampilan. Hormat pilihan individu, tapi sensitiviti masyarakat juga penting untuk dijaga.

Kredit: Thread Ar Bridal Touch
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas