Connect with us

Oh! Media

ustaz azhar idrus

Oh! Islam

Ustaz Azhar Idrus Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Berlebihan Ibarat Berzina

Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, sekali lagi beri teguran berhubung pemakaian minyak wangi dalam kalangan wanita.

Menurutnya, wanita tidak dibenarkan memakai minyak wangi yang boleh dihidu oleh orang lain, kecuali untuk suaminya di rumah.

IKLAN

Apa kata Ustaz Azhar Idrus?

Orang perempuan boleh pakai minyak wangi berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja. – UAI.

BACA: Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Hukum Isteri Dalam Iddah Berkenalan Dengan Lelaki Lain

Pesan Rasulullah kepada umat Islam

Dalam satu sesi soal jawab agama baru-baru ini, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

Jika seorang wanita memakai wangian sehingga dapat dihidu orang ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat.

Tambah beliau lagi, golongan lelaki dibolehkan memakai minyak wangi secara berlebihan, tetapi wanita memang dilarang sejak dahulu lagi.

Tengok orang perempuan sekarang, kalau di rumah mana ada nak lawa-lawa, bau-bau wangi. Banyak bau busuk dari ketiak mereka. Tapi kalau keluar pergi pejabat atau kenduri, mereka lah yang paling kuat, hukumnya adalah haram. – Katanya

Teguran ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang menyokong dan ada juga yang kurang bersetuju.

#OhmediaNasihat

Islam mengajar kita menjaga adab dalam semua aspek kehidupan, termasuk pemakaian wangian. Wanita dinasihatkan tidak memakai minyak wangi yang terlalu kuat hingga menarik perhatian orang luar, sebaliknya hanya untuk suami di rumah. Namun, menjaga kebersihan dan memakai haruman ringan tetap dibolehkan.

Bagi lelaki, pemakaian wangian lebih digalakkan kerana ia sunnah Nabi. Apa yang penting, kita menjaga niat, adab, dan maruah diri agar selari dengan ajaran Islam. Semoga kita terus memperbaiki diri dan menghormati batas yang telah ditetapkan.

ustaz azhar idrus

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas