Connect with us

Oh! Media

“Lelaki Jangan Miskin, Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin” – Perkongsian Razzi Razak Undang Perhatian

Ohmedia razzi Razak Norreen Iman

Trending

“Lelaki Jangan Miskin, Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin” – Perkongsian Razzi Razak Undang Perhatian

Perkongsian Razzi Razak undang perhatian ramai.

Suami kepada pelakon dan personaliti, Norreen Iman iaitu Razzi Razak mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dirinya bekerja sebagai tukang servis penghawa dingin di TikTok.

Video tersebut bukan sekadar memaparkan kerja hariannya, tetapi turut disertakan dengan suara latar yang cukup mendalam, seolah-olah menggambarkan perjuangan seorang lelaki dalam meneruskan kehidupan.


Perkongsian suami Norreen Iman, Razzi Razak sentuh hati netizen

@razzirazak21 Dari seorang yg gayat, terus hilang gayat aku skrg. Lagi tinggi lagi best HAHAHA! Yang nak servis aircond meh roger saya. #servisAircond #fypシ゚ ♬ original sound – razzirazak21

Menerusi hantaran itu, kata-kata semangat yang digunakan Razzi dalam video itu mengundang perhatian.

IKLAN

Lelaki jangan miskin. Dunia jahat dengan lelaki miskin.

Lelaki tak takut mati cuma takut menjadi seorang yang tidak berguna.

Berat jadi lelaki. Kita menghadapi kehidupan untuk menghidupi kehidupan.

Luahan ini membuatkan ramai tersentuh dan membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan sokongan buat Raizi.

Lawan rasa gayat demi cari rezeki

Razzi Razak

Dalam masa sama, Razzi turut berkongsi bahawa dirinya sebenarnya takut akan ketinggian, namun terpaksa melawan ketakutan itu demi mencari rezeki.

Dari seorang yang gayat, terus hilang gayat aku sekarang.

Perkongsian ini jelas menunjukkan pengorbanan dan ketabahan seorang lelaki dalam menghadapi cabaran hidup.

Pssttt! Setiap orang ada perjuangan sendiri. Jangan cepat menilai, kerana di sebalik diam, ada usaha dan pengorbanan yang tak semua orang nampak.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas