Connect with us

Oh! Media

azhar idrus

Oh! Islam

Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Mengenai Hukum Isteri Dalam Iddah Berkenalan Dengan Lelaki Lain

Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini berkongsi mengenai hukum seorang wanita yang masih dalam tempoh iddah dan sama ada dibenarkan untuk berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain. Menerusi satu hantaran di media sosial, pendakwah terkenal ini menjawab soalan berkaitan isu tersebut yang ketika ini menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Menurut Ustaz Azhar, hukumnya adalah haram bagi wanita yang dalam tempoh iddah untuk berkenalan atau menjalin hubungan dengan lelaki lain.

IKLAN

Ini kerana, wanita tersebut masih dianggap isteri kepada suaminya dan dalam tempoh iddah, mereka masih boleh rujuk kembali jika ada persetujuan bersama.

Haram isteri yang masih dalam iddah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain kerana dia masih dalam hukum isteri orang.- Jelasnya dalam hantaran tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai pandangan Imam Ibnu Quddamah dalam Kitab Al-Mughni, di mana perempuan yang masih dalam tempoh iddah raj’ie tidak halal untuk dipinang oleh mana-mana lelaki. Tempoh iddah ini adalah masa bagi pasangan suami isteri untuk berfikir dan boleh untuk kembali bersama.

Dalam tempoh ini, wanita harus menjaga batasan dan tidak melibatkan diri dalam hubungan lain. Hukuman ini jelas menunjukkan betapa pentingnya menghormati ikatan perkahwinan dan memberi ruang untuk memperbaiki hubungan yang mungkin retak.

#OhmediaNasihat

Oh! Media menasihatkan korang yang sedang melalui tempoh iddah untuk lebih berhati-hati dan memahami hukum-hukum yang ditetapkan.

Jangan terburu-buru mencari pengganti, sebaliknya ambil masa untuk muhasabah diri dan lihat kembali apa yang boleh diperbaiki dalam perkahwinan tersebut. Jika ada rezeki, mungkin hubungan itu boleh diperbaiki.

azhar idrus

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Ustaz Azhar Idrus


Lagi dalam kategori Oh! Islam

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas