Connect with us

Oh! Media

Siakap Kayangan! Satu Lagi Pelanggan Rasa Tertipu Diberi Siakap Besar ‘Gila’ Tanpa Persetujuan Dan Dicaj RM1,738.70

ikan siakap

Trending

Siakap Kayangan! Satu Lagi Pelanggan Rasa Tertipu Diberi Siakap Besar ‘Gila’ Tanpa Persetujuan Dan Dicaj RM1,738.70

Nampaknya isu ikan siakap semakin panas! Tak sempat reda dengan isu harga siakap RM1,196, timbul pula isu siakap RM1,738.70. Kayangan sangat harga ni.

ADVERTISEMENT

BACA: Harga Siakap Di Langkawi Masih Murah Dan Tiada Kenaikan, Betul Ke?

Kisah siakap RM1,196 sebelum ini dikongsikan seorang lelaki yang menjamu selera di sebuah restoran di Pulau Langkawi. Kali ini kisah siakap RM1,738.70 dikongsikan pula seorang wanita yang turut menjamu selera di pulau sama.

Ambil pesanan tanpa memberi tahu anggaran harga?

Pengalaman siakap kali ini dikongsikan oleh Niena ZM di Facebook yang pergi bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi. Mereka membuat keputusan untuk makan di sebuah restoran pada 3 November 2021 dan mengakui terkejut sebaik sahaja melihat resit bayaran.

Secara logiknya, pemilik kedai akan memberitahu berapa harga ikan berdasarkan saiznya per gram supaya pelanggan dapat membuat keputusan untuk membuat pesanan atau tidak.

Waktu kami nak order tu pun sepatutnya orang kedai boleh jelaskan dahulu berapa anggaran harga makanan yang dipesan kalau betul berniaga secara telus. Kedai tomyam di Kuala Lumpur pun bagitahu saiz makanan dan harga serta memberi cadangan yang sesuai untuk pelanggan.

Harga tidak menjadi isu tetapi berat ikan menjadi tanda tanya

Mereka yang memesan makanan untuk 10 orang dewasa dan 11 kanak-kanak itu bagaimanapun tidak mempertikaikan harga siakap RM160/kg. Mereka hanya tidak berpuas hati apabila pihak restoran tidak menunjukkan berat sebenar siakap sebelum memasaknya.

Kedai ada display harga segram, kami bukan argue ikan siakap tu RM160/kg. Kami mahu ketengahkan saiz ikan yang diberi itu adalah lebih besar sedikit daripada siakap biasa iaitu 5.2kg.

Bila sampai, kami pun terpinga-pinga ikan itu boleh dibahagikan hidangannya kepada tiga pinggan. Masa tu dah rasa tak sedap hati tengok saiz ekor sahaja dapat agak saiz ikan.

Itulah apa yang dilalui Niena sewaktu bercuti di Langkawi. Dia memaklumkan tujuan berkongsi pengalamannya ini semata-mata ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak tertipu dengan peniaga yang hanya ingin mengaut untung semata-mata.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas