Connect with us

Oh! Media

Dosa Memfitnah Lebih Besar Daripada Dosa Membunuh? Ini Pandangan Dari Sudut Islam

memfitnah

Oh! Islam

Dosa Memfitnah Lebih Besar Daripada Dosa Membunuh? Ini Pandangan Dari Sudut Islam

Perbuatan melemparkan fitnah terhadap seseorang terutama sekali di media sosial merupakan wabak yang semakin lama semakin membarah dalam kalangan masyarakat.

ADVERTISEMENT

Malah, memfitnah seseorang tanpa sebarang bukti yang kukuh boleh menjatuhkan maruah seseorang dan seterusnya menimbulkan perpecahan, perbalahan dan kemusnahan harta serta kehilangan nyawa.

Memfitnah

Dari segi pandangan Islam, fitnah adalah salah satu dari sifat terkeji dan amat dilarang.

Soalan: Assalamualaikum. Kita sering mendengar kata-kata ‘dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh’ dan ada yang menyatakan ‘lebih baik membunuh daripada memfitnah!”.

Benarkah pernyataan begini SS Datuk Mufti? Jazakallah.

Menurut Mufti Wilayah Perseketuan, pernyataan atau dakwaan bahawa dosa memfitnah dalam erti kata membuat tuduhan palsu terhadap seseorang adalah lebih besar dosanya daripada membunuh telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat.

Malah, terdapat banyak nasihat dan peringatan diberikan akan bahayanya fitnah dan betapa besarnya dosa melakukan pertuduhan palsu terhadap seseorang atau mereka-reka berita yang tidak benar tentang sesuatu perkara.

Mereka berdalilkan dua ayat al-Qur’an yang sering dipetik untuk menyokong pernyataan tersebut:

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

Maksudnya:  dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…

(Surah Al-Baqarah: 191)

وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ

Maksudnya: Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan.

(Surah Al-Baqarah: 217)

Berikut merupakan penjelasan bagi maksud sebenar kedua-dua petikan ayat al-Qur’an ini berdasarkan konteks keseluruhan ayat dari sudut siyaq al-ayat (urutan sebelum dan selepas ayat) beserta tafsiran daripada para ulama’ tafsir yang mu’tabar.

Konteks Penurunan Ayat

Bagi ayat 191 Surah Al-Baqarah, ayat penuhnya ialah:

وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ

Maksudnya: Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Manakala bagi ayat 217 surah yang sama pula, ayat penuhnya ialah:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ  وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّـهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Komentar Ulama’ Tafsir

Kami nukilkan disini takrifan dan maksud kalimah fitnah yang terdapat dalam kedua-dua ayat di atas:

  1. Imam at-Thabari

Makna fitnah dalam ayat والفتنة أشد من القتل ialah syirik, maka ayat ini bermaksud penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min sehingga dia kembali menjadi musyrik, adalah lebih dahsyat dan lebih memudaratkan berbanding dia dibunuh dalam keadaan dia tetap berpegang teguh pada agamanya (Islam). Beliau turut menukilkan pandangan Mujahid yang mempunyai maksud yang sama dalam hal ini.

(Rujuk Jami’ul Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, 3/565)

  1. Imam al-Qurthubi

Menurut beliau, ayat ini turun berkenaan salah seorang sahabat yang bernama Waqid bin Abdillah at-Tamimiy r.a yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadhramiy pada akhir bulan Rejab (salah satu bulan haram) dalam satu ekspedisi bersama beberapa orang sahabat yang lain, dalam usaha menangani ancaman musyrikin Quraish di Mekah.

Maka, fitnah dalam ayat ini merujuk kepada usaha orang kafir untuk memaksa kaum Muslimin supaya kembali kepada kekufuran, dan ia adalah lebih besar kemudaratannya berbanding usaha balas kaum Muslimin untuk kembali memerangi mereka meskipun pada bulan-bulan haram.

(Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 2/351 dan 3/46)

Konklusinya, dua ayat al-Qur’an yang dipetik berkenaan fitnah itu tidak memberi maksud dosa memfitnah orang lain seperti tuduhan zina tanpa bukti adalah lebih besar dosanya berbanding membunuh.

Istilah fitnah dalam konteks ayat di atas merujuk kepada penentangan kaum kafir musyrikin terhadap orang Mu’min dan kesyirikan mereka terhadap Allah SWT.

Kefahaman terhadap al-Qur’an hendaklah bersumberkan daripada tafsiran para ulama’ mu’tabar, dan bukan sekadar sangkaan (zhann) atau ikut-ikutan tanpa penelitian.

BACA: Baru Sampai Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis Mengenai Fitnah Melampau

Terdahulu, tular di media sosial pendedahan pempengaruh Indonesia di sesi podcast bersama Caprice mendakwa seorang pendakwah telah mengusap tangan termasuk cuba untuk mencium dirinya.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

“Bismillah. Baru sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat report mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya. Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya.” Kredit: Ebit Lew #beritatiktok #ebitlew #fitnah #pdrm #ohmedia

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

  • memfitnah
  • memfitnah
  • memfitnah
  • memfitnah

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas