Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Ditipu Rakan Perniagaan, Minta Pulangkan Semula RM26,000 Yang Dibawa Lari

Puteri Sarah

Oh! Artis

Puteri Sarah Ditipu Rakan Perniagaan, Minta Pulangkan Semula RM26,000 Yang Dibawa Lari

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia dianiaya oleh rakan perniagaannya sendiri yang telah mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan yang diperolehinya.

ADVERTISEMENT

Menurut Puteri Sarah, individu tersebut dikenali sebagai pegawai pemasaran telah mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.

Difahamkan, aktres itu telah melantik individu berkenaan untuk melakukan pemasaran produk tetapi kerja yang dilaksanakan tidak mencapai standard yang memuaskan.

Saya tak berapa nampak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran.

Dia juga ada pegang wang tunai dekat satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu. Dia kata itu gaji dia.

Puteri Sarah

Puteri Sarah telah mendedahkan perkara ini melalui live di TikToknya dan mendakwa individu itu pernah meluahkan hasrat untuk ‘join venture’ tetapi tidak mahu mengeluarkan sebarang modal.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menegaskan pada individu itu untuk tampil memulangkan semula wang yang diambil dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika gagal.

Kalau saya tak dapat balik duit saya, memang saya nak buat laporan polis. Saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah kira gaji apa semua tu, saya harap saya dapat duit saya kembali.

BACA: Jari Disarung Cincin Berlian, Puteri Sarah Dah Jadi Milik Orang?

Terdahulu, ada pula khabar angin yang mengatakan aktres Puteri Sarah sudah pun dilamar oleh seseorang. 

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7319818634367454471?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas