Connect with us

Oh! Media

“Wife Bukan Main Berselubung” – Syukri Yahya Dikecam Tunjuk Isyarat Jari Tengah Ketika Bergambar

Ohmedia syukri Yahya Dikecam

Oh! Artis

“Wife Bukan Main Berselubung” – Syukri Yahya Dikecam Tunjuk Isyarat Jari Tengah Ketika Bergambar

Individu berkenaan menyelar status Syukri Yahya sebagai seorang yang dikenali ramai.

Pelakon popular Syukri Yahya menjadi bualan di media sosial selepas satu hantaran tular memaparkan dirinya bergambar bersama beberapa individu lain.

Apa yang mencuri perhatian ramai, Syukri dilihat membuat isyarat jari tengah dalam gambar tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Hantaran tular di Threads

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang selepas melihat gambar berkenaan di Instagram.

IKLAN

Pengguna itu turut mengaitkan tindakan tersebut dengan status Syukri sebagai seorang suami dan bapa.

Syukri Yahya

Hantaran itu kemudian mendapat perhatian ramai apabila meraih ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada pengguna media sosial.

Rata-rata netizen dilihat mempertikaikan tindakan tersebut kerana Syukri merupakan seorang figura dikenali ramai.

Syukri

Bagi sesetengah pihak, isyarat seperti itu dianggap kurang sesuai untuk dikongsikan secara terbuka, lebih-lebih lagi apabila melibatkan selebriti yang mempunyai pengikut dan peminat tersendiri.

Namun, ada juga yang berpendapat perkara itu mungkin sekadar gaya bergambar dan tidak perlu diperbesarkan secara melampau.

Setakat artikel ini ditulis, Syukri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kecaman tersebut.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas