Connect with us

Oh! Media

Jari Disarung Cincin Berlian, Puteri Sarah Dah Jadi Milik Orang?

Untitled Design   1

Oh! Artis

Jari Disarung Cincin Berlian, Puteri Sarah Dah Jadi Milik Orang?

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menjadi tumpuan netizen sehingga ke hari ini selepas dia bercerai dengan bekas suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Terbaru! Ada pula khabar angin yang mengatakan Puteri Sarah sudah pun dilamar oleh seseorang. Biar betul?

Hal ini menjadi bualan selepas Puteri Sarah memuat naik satu video dirinya sedang mempromosikan produk tudungnya di Instagram.

IKLAN
Img 4239

Berbahagialah bukan hanya kerana segala sesuatunya baik, tetapi kerana kamu masih mampu melihat hal baik dari segala sesuatu yang ada.

Kalau korang tengok video itu, jari manis pelakon itu dilihat tersarung cincin berlian dan buatkan ramai yang beranggapan bahawa pelakon itu sudah jadi milik orang.

Menerusi ruangan komen, ada yang berspekulasi bahawa cincin tersebut adalah pemberian pelakon Indonesia, Andi Arsyil.

Ada juga yang mendakwa cincin tersebut adalah hadiah daripada aktor itu kepada Puteri Sarah sempena hari jadinya pada 1 Disember lalu.

Difahamkan, Puteri Sarah kini sedang berada di Turkey bersama anak-anak dan ahli keluarganya untuk bercuti.

Dia sebelum ini ada terpalit dengan kontroversi mempunyai hubungan mesra dengan Andi Arsyil apabila kedua-duanya sering kelihatan bersama di media sosial.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas