Connect with us

Oh! Media

Netizen Kecam Neelofa ‘Menunjuk-Nunjuk’ Bilal Lancar Mengaji, Tuan Badan Tampil Bersuara

Ohmedia neelofa

Oh! Artis

Netizen Kecam Neelofa ‘Menunjuk-Nunjuk’ Bilal Lancar Mengaji, Tuan Badan Tampil Bersuara

Baru-baru ini, usahawan dan selebriti popular, Neelofa menjadi perhatian ramai selepas berkongsi anak sulungnya, Muhammad Bilal lancar membaca surah al-Fatihah pada usia tiga tahun.

Difahamkan, ketika itu Neelofa sedang menjelaskan mengenai hadiah al-Quran pemberian rakan, Betty Rahmad.

Bilal lancar baca al-Fatihah

Kedengaran Bilal membaca surah berkenaan sambil jari jemari comelnya berlegar di muka surat surah berkenaan.

IKLAN
@seorangnur

MasyaAllah Muhammad Bilal 😍👦🏻 Sayang budak tecik ni ❤️ #neelofa #harisismail #bilal

♬ Qalbi Fil Madinah – Maher Zain, Harris J

Perkongsian Neelofa ini meraih reaksi positif yang rata-ratanya kagum dengan didikan yang diberikan kepada Bilal.

Tetapi, ada juga sebilangan yang meninggalkan respon negatif mendakwa selebriti ini cuba menunjuk-nunjuk kelebihan anak.

Neelofa nafi menunjuk-nunjuk

Menjawab kritikan tersebut, Neelofa menerusi hantaran di Instagram Story tampil mempertahankan diri.

Alhamdulilah pertamanya banyak ya komen yang sangat negatif dan toksik. First of all, saya tak tunjuk atau menunjuk anak boleh baca dan hafal Al-Quran. Itu terjadi spontan dia datang baca masa saya menjawab persoalan followers yang tanya tentang Al-Quran di IG story.

Menurut Neelofa, sebelum ini dia hanya berkongsi video mengenai Bilal dalam kalangan rakan terdekat sahaja di senarai “close friends”.

Neelofa

Dia menegaskan tidak pernah berniat untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk kemampuan anaknya itu.

Kalau saya betul-betul tunjuk macam mana Bilal ngaji Al-Quran, menangis rasanya korang yang komen negatif ni.

Tambah Neelofa lagi, dalam bulan Ramadan yang mulia ini, janganlah meninggalkan komen tidak baik dan memberikan pahala percuma kepadanya.

#ApaKataOhmedia

Dalam ribuan orang yang meraikan, tidak sangka ada juga yang menggunakan ‘mata lalat’ mencari kesalahan orang lain. Tak baik tau. Sepatutnya kita bersangka baik lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini kan..

Ohmedia neelofa

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Ohbulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas