Oh! Artis
“Ramai Pula Meminta” – Tak Mahu Derma Baju Bilal, Neelofa Tegas Simpan Untuk Anak Kedua
Siapa sahaja tak kenal dengan usahawan selebriti, Neelofa yang telah lama berada di industri seni tanah air. Tapi, dengar cerita ada berita daripada Neelofa baru-baru ini, hm apa kes pula?
BACA: Neelofa Akan Gosok-Gosok Sikit Dan Peluk Suaminya, PU Riz Kalau Merajuk
Satu posting telah dimuat naik IG Story milik Neelofa menyatakan dirinya telah menerima beberapa mesej daripada netizen memintanya untuk menderma pakaian bayi milik Bilal.
Baju anak Neelofa

Walau bagaimanapun, selebriti itu menegaskan dirinya mahu menggunakan pakaian-pakaian itu semula berikutan dia bakal melahirkan cahaya mata kedua tak lama lagi.
Ramai pula yang mesej saya meminta. Kenapa pula saya nak beri orang sedangkan mahu guna untuk anak kedua.
Neelofa turut mendedahkan dirinya menerima banyak permintaan terhadap baju anak sulungnya itu daripada sesetengah wanita di luar sana yang bakal melahirkan anak tak lama lagi.
Jangan ada pula yang mesej saya dalam media sosial, ‘saya hamil, akan melahirkan anak dua bulan lagi dan boleh beri kepada saya?. Ini untuk anak saya puan.
Tapi, betul juga kata Neelofa daripada membazir beli yang baru, lebih baik disimpan dan guna apa yang ada, betul tak?
Kredit: Murai
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM