Connect with us

Oh! Media

“Ingat Laki Suka Gelap-Gelap Ke?” – Haneesya Hanee Kena Tempias Gara-Gara Watak ‘Sally’

haneesya

Oh! Artis

“Ingat Laki Suka Gelap-Gelap Ke?” – Haneesya Hanee Kena Tempias Gara-Gara Watak ‘Sally’

Gara-gara watak ‘Sally’ yang dibawa dalam drama Aku Bukan Ustazah, pelakon Haneesya Hanee menerima tempias kecaman.

ADVERTISEMENT

Sampai ada yang meninggalkan komen kurang sopan mengenai kulit gelap pelakon terbabit.

BACA: Haneesya Hanee Dedah Ibu Terpaksa Gadai Emas Untuk Terus Hidup Sebab Tiada Tawaran Berlakon

Menurut Haneesya, dia sebenarnya membaca semua komen yang ditinggalkan netizen di aplikasi media sosial. Namun, komen mengenai kulit gelap tersebut telah menarik perhatiannya.

haneesya hanee

Awak ingat saya suka ke lelaki suka judge perempuan lain? Awak ingat saya suka ke lelaki menghina, mengutuk perempuan lain?

Awak ingat saya suka ke lelaki menghina ciptaan Tuhan? Awak ingat saya suka ke lelaki perasan dia sempurna?

Pelakon ini berkata, penonton sepatutnya mengambil pengajaran daripada jalan cerita terbabit bukannya menyerang kehidupan peribadi pelakon.

Ujarnya lagi, janganlah terbawa-bawa emosi sehingga sanggup menghina orang lain. Tak pasal-pasal dapat dosa pula katanya.

Kredit: TikTok Haneesya Hanee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas