Connect with us

Oh! Media

keluarga zayn

Trending

Tersebar Kononnya Fakta Siasatan Kes Zayn Rayyan, Keluarga Akan Buat Laporan Polis

Kecoh di media sosial semalam penyebaran di Telegram mendakwa fakta siasatan polis kes kanak-kanak autisme mati dibunuh iaitu Zayn Rayyan.

Susulan penyebaran itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyekat maklumat tidak sahih itu di media sosial.

IKLAN

BACA: “Dah Baca ES..” – Bukit Aman Beri Amaran Berhubung Penyebaran Kononnya Fakta Siasatan Kes Zayn Rayyan

Terbaru, peguam yang mewakili keluarga berkenaan, Fahmi Abd Moin memaklumkan keluarga Zayn Rayyan akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis.

Katanya, penyebaran maklumat berkenaan adalah lebih kepada fitnah jenayah.

ibu bapa zayn rayyan

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai membayar ikat jamin sebanyak RM20,000. Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Julai ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas