Oh! Tidak
Promosi Produk Guna Kes Zayn Rayyan, Peniaga Ini Dikecam Tak Sensitif
Macam-macam cara pemasaran digunakan peniaga semata-mata untuk melariskan produk. Tetapi, peniaga diingatkan supaya ada rasa sensitif dan common sense.
BACA: Pendakwah Bebas Tegur Content ‘Test’ Wangian Untuk Goda Suami Di Tempat Awam
Seperti isu tular di media sosial ini, satu jenama produk tempatan dikecam teruk gara-gara menunggang kes kematian Zayn Rayyan dengan menyelit ayat promosi produk makanan di bahagian kapsyen.

Hantaran dipercayai dibuat ketika ibu bapa Zayn Rayyan ditahan reman dan didakwa di mahkamah baru-baru ini.
“Brand gila mana copywriting tak guna otak ni? Tergamak guna kes budak mati untuk promote fries? Semoga melingkup.” – Pengguna X @shashashln
Orang ramai menyelar jenama berkenaan yang dikatakan tidak sensitif dengan kes Zayn Rayyan yang sehingga kini pelakunya tidak berjaya ditangkap.
Kredit: X @shashashln
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM