Connect with us

Oh! Media

Alec Baldwin Tembak Mati Pengarah Wanita Ketika Lakukan Latihan Babak Filem Rust

alec baldwin

Oh! Artis

Alec Baldwin Tembak Mati Pengarah Wanita Ketika Lakukan Latihan Babak Filem Rust

Alec Baldwin pelakon terkenal Hollywood gemparkan dunia lakonan apabila melepaskan tembakan sehingga membunuh seorang pengarah sinematografi. Kejadian itu berlaku sewaktu dia melakukan penggambaran filem di New Mexico dan turut mencederakan pengarah filem ‘Rust’.

ADVERTISEMENT

Alec Baldwin yang cukup popular dengan watak animasi Boss Baby ketika itu sedang melakukan satu wabak menembak menggunakan pistol palsu dalam filem ‘Rust’.

Halyna Hutchins, pengarah sinematografi berusia 42 tahun meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital. Pengarahnya pula, Joel Souza berusia 48 tahun cedera.

Punca kejadian yang berlaku pada jam 1:50 tengahari itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa. Seorang pegawai Sheriff bagaimanapun turut memaklumkan setakat ini masih belum ada sebarang pertuduhan ke atas Alec Baldwin. Penerbit filem juga masih tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Kredit: BBC

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas