Connect with us

Oh! Media

Nama Baik Kim Seon Ho Tercalar, Bekas Wanita Menyesal Dan Mohon Maaf

kim seon ho

Oh! Artis

Nama Baik Kim Seon Ho Tercalar, Bekas Wanita Menyesal Dan Mohon Maaf

Baru-baru ini hangat diperkatakan bahawa pelakon utama bagi drama ‘Hometown-Cha-Cha-Cha’, Kim Seon Ho telah memaksa bekas wanitanya untuk menggugurkan kandungan.

ADVERTISEMENT

BACA: Penghuni Terganggu, Penerbit ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ Mohon Peminat Jangan Datang

Pelakon yang memegang watak Chief Hong itu tidak menafikan kenyataan tersebut dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan yang dilakukan itu secara umum.

Mengambil tindakan

kim seon ho

Akibat dari status yang dikeluarkan, bekas wanita Seon Ho telah mendapat ugutan bunuh dan memberitahu dia akan mengambil tindakan atas ugutan tersebut.

Setelah tular di media sosial berkenaan dengan tingkah laku Kim Seon Ho yang telah mengecewakan ramai peminatnya, bekas wanitanya juga memohon maaf atas tindakan yang dilakukan itu.

Saya minta maaf kerana sudah menyakitkan hati ramai pihak berkenaan dengan status saya.

Saya rasa bersalah melihat kejatuhannya yang mendadak akibat dari status yang saya keluarkan itu.

Saya sudah menerima permohonan maaf daripadanya dan saya rasa ada beberapa perkara yang mempunyai salah faham.

Saya tak nak ada perkara yang tidak benar disebarkan dan tak nak cerita ini dipanjangkan lagi.

Saya rasa bersalah kerana telah melukakan hati ramai pihak. Saya akan memadam perkongsian ini kelak.

Setelah nama Kim Seon Ho tercalar, bekas wanitanya yang mendapat ugutan dari ramai pihak kini mahu memadam status yang dilakukannya itu dan menyesali perbuatannya.

Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Nama dah pun rosak, tak boleh nak buat apa dah. Lain kali sebelum post apa-apa kita kena fikir baik-baik ya.

Kredit: Soompi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas