Connect with us

Oh! Media

“Sama Cantik Sama Padan” – Fizo Omar Dedah Wajah Isteri

Fizo Omar 1

Oh! Artis

“Sama Cantik Sama Padan” – Fizo Omar Dedah Wajah Isteri

Status perkahwinan pelakon kelahiran Kelantan, Fizo Omar mula diperkatakan apabila dia memuat naik hantaran di Instagram mengumumkan sudah keluar daripada kelab ‘duda’ selebriti tanah air.

BACA: Timbul Khabar Fizo Omar Bakal Nikah 21 Oktober Ini, Mawar Doakan Yang Terbaik

Bersama hantaran itu, Fizo menyertakan gambarnya memakai baju Melayu berwarna putih di samping anak tunggalnya, Wan Maryam.

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, pengurusnya, Mimi mengesahkan Fizo telah berkahwin dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai di sebuah majlis tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Jelasnya lagi, majlis itu hanya dihadiri keluarga terdekat memandangkan mereka hanya mahu melaksanakan perkara yang wajib. Difahamkan, Fizo dan Fazeera sudah lama berkenalan dan membuat keputusan untuk berkahwin tahun ini.

Meninjau ke laman Instagram, pelakon filem Isyarat Cinta ini dilihat memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis perkahwinannya yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi semalam.

Teruja dengan perkongsian itu, peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa semoga perkahwinannya itu kekal sehingga ke akhirnya.

Tahniah Fizo Omar dan isteri!

Kredit: Instagram Fizo Omar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas