Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Bermotosikal Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Salman Khan

Salman khan ditembak ohmedia

Oh! Artis

Dua Lelaki Bermotosikal Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Salman Khan

Siapa yang minat tengok Bollywood mesti kenal dengan bintang popular mereka, Salman Khan. Bagaimanapun, satu kejadian mengejutkan berlaku di hadapan rumahnya.

Memetik laporan Harian Metro, dua anggota kumpulan penjenayah telah melepaskan tembakan ke arah rumah Salman Khan. Suspek bagaimanapun telah berjaya ditangkap polis dan motif adalah sebagai tindak balas ke atas pembunuhan dua ekor antelop yang dilakukan Salman.

Salman Khan sentiasa dikawal dengan anggota polis bersenjata…

Untuk pengetahuan korang, Salman sentiasa dikawal oleh anggota polis bersenjata dan ketika kejadian itu berlaku, tindakan pantas dapat dilakukan anggota.

IKLAN

Kami dapat mengesan kedua-dua tertuduh berhampiran sebuah kuil.

Salman Khan menjadi target kumpulan penjenayah ini sejak 1998 kerana menembak dua ekor blackbuck (sejenis antelop) ketika memburu.

Kumpulan penjenayah ambil tindakan sendiri untuk menghukum Salman Khan…

Image 33

Salman kemudian dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah kerana melanggar Akta Perlindungan Hidupan Liar pada tahun 2018.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan beberapa hari Salman dimasukkan ke penjara. Disebabkan itu, kumpulan penjenayah ini bertekad untuk melakukan hukuman sendiri.

Ketua kumpulan ini turut telah ditahan pada tahun lalu dalam percubaan membunuh Salman.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas