Connect with us

Oh! Media

Genting Rahsiakan Kes Pandemik Sebab Takut Rugi – Ini Dakwaan Palsu!

Berita Palsu

COVID-19

Genting Rahsiakan Kes Pandemik Sebab Takut Rugi – Ini Dakwaan Palsu!

Dua tiga hari ini, viral di Twitter netizen persoalkan tentang kes Covid-19 yang berlaku di Genting Highlands. Ada yang kata Genting tak war-warkan ada kes berlaku di sana sebab takut orang tak nak datang dan menyebabkan kerugian.

Photo6251482658227989121

Ada pula yang tambah perisa cakap semua pesakit yang disahkan positif telah ditempatkan di First World Hotel. Wah, siapa yang pandai reka cerita dan sebarkan ni? Bila dah disebarkan through Whatsapp, ramailah orang yang risau dan jadi tak senang duduk.

Photo6251482658227989119

Namun, ADUN Ketari, Young Sefura telah tampil dan menyatakan yang dakwaan tersebut adalah palsu. Menurut YB, pesakit yang disahkan positif telah pun dihantar ke SUKPA Kuantan. Manakala kawasan yang dikenakan Perintah Pergerakan Kawalan Diperketatkan (PKPD) bukannya seluruh kawasan Genting, sebaliknya hanya tiga kawasan yang telah dinyatakan.

IKLAN
Photo6251482658227989117

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah maklumkan yang memang wujud kluster Genting, dan tiada sebarang maklumat yang disembunyikan seperti yang diperkatakan netizen. Dr Hisham juga menyatakan kluster Genting berpunca daripada warga asing Bangladesh yang telah merentas negeri.

“Kluster Genting telah dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan. PKPD dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut.” – tulisnya di Twitter.

Photo6251482658227989120

Patutnya pihak berkuasa perlu cari dalang yang memandai-mandai reka cerita dan sebarkan berita palsu tersebut. Bukan apa, perlakuan yang macam ni boleh menyebabkan kekeliruan dan menyusahkan banyak pihak. Tambah-tambah pula dengan perangai netizen yang suka sebar tanpa usul periksa. Bertambah teruklah jadinya.

Kredit: MalaysiaGazette, Twitter YB Young

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas