Connect with us

Oh! Media

Sebab Kenapa Ramai Yang Suka Sangat Dengan HUAWEI nova 9 Ni!

Branded

Sebab Kenapa Ramai Yang Suka Sangat Dengan HUAWEI nova 9 Ni!

Penantian sekian lama peminat HUAWEI berakhir dengan pelancaran HUAWEI nova 9 ciri fotografi tersendiri dengan prestasi mantap untuk kegunaan harian.  Pengenalan model ini menjadi tambahan untuk Siri nova yang menawarkan ciri mengagumkan dari segi hiburan, pengecasan SuperCharge, pengalaman tontonan selain aspek estetika. Ini 6 sebab kenapa korang kena dapatkan HUAWEI nova 9:

Prestasi kamera flagship yang luar biasa

Dengan 50MP Ultra Vision Camera System, HUAWEI nova 9 memberikan kualiti kamera yang boleh mengambil gambar secara nyata di mana jua tanpa mengira masa. Selain itu ia juga terbina dengan 8MP Ultra-Wide Angle Camera, 2MP Depth Camera dan Macro Camera yang berupaya close capture sehingga 4cm.

Filter warna red, yellow, yellow, blue (RYYB) dengan sensitiviti tinggi terhadap cahaya memberikan kelebihan kepada model ini untuk mengumpul lebih 40% pendedahan cahaya. Hasilnya gambar lebih jelas dan berkualiti. XD Fusion Engine pula dapat memberikan pengalaman fotografi yang luar biasa tak kira di senario mana pun!

120Hz paparan lancar

Paparan 6.57 inci OLED skrin melengkung menjanjikan korang pengalaman hiburan dengan pandangan sinematik pada HUAWEI nova 9 ini. Kadar segar semula sehingga 120Hz pula menjamin kepuasan menonton setiap hari.

Bergantung kepada penggunaan, pilihan ketika menonton video dan memanjangkan jangka hayat bateri, korang juga boleh memilih skrin dengan paparan segar semula 60Hz dan 120Hz.

Rekaan penuh estetika

Direka dengan kaca melengkung serta butang pada bahagian sisi, HUAWEI nova 9 ini mempunyai nilai estetika tersendiri. Tengok dari jauh pun cantik. Lengkungan kaca yang sepadan pada bingkai besi menjadikannya lancar dan selesa disentuh.

Hanya seringan 175g dan berketebalan 7.77mm, HUAWEI nova 9 hadir dengan warna Starry Blue. Dicipta dengan dual-film dan proses dual-coating serta coating anti-silau terkini, model ini terhasil menjadi kemasan matte dengan tekstur halus untuk dipegang.

66W SuperCharge padu

Smartphone canggih tapi selalu ‘makan’ bateri pun susah juga kan? Jangan risau dengan HUAWEI nova 9 kerana ianya menawarkan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge. Hanya ambil masa 38 minit untuk dicas penuh. Kejap je kan?

Prestasi gaming tip top

Dengan Touch Turbo Gaming yang terbina, korang akan nikmati kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) 300Hz ketika bermain game. Sentuhan yang lancar dan responsif membuatkan pengalaman layan game lebih seronok kerana korang tidak akan tertinggal apa pun.

Salah satu kerisauan kaki gamer adalah smartphone yang kepanasan. Terima kasih kepada teknologi penyejukan Graphene & VC, semua itu bukan masalah. Dengan teknologi ini HUAWEI nova 9 boleh dimainkan tanpa menjadi terlalu panas.

HUAWEI Mobile Services (HMS)

Sangat penting bagi HUAWEI untuk menghubungkan ekosistem dalam kalangan perantinya. HUAWEI memperkenalkan HUAWEI Mobile Services untuk dimanfaatkan pengguna.

HUAWEI AppGallery mengandungi semua apps yang diperlukan untuk kehidupan seharian seperti komunikasi, gaming, bank, e-wallet, shopping dan bermacam lagi. Tak payah nak risau untuk mencari aplikasi yang korang nak, sebab semuanya terdapat di AppGallery dan Petal Search! Untuk keselamatan HUAWEI AppGallery hanya boleh diakses menggunakan satu HUAWEI ID bagi peranti HUAWEI berbeza.

Peraduan JOOX Stream & Win

Nak berpeluang menang HUAWEI FreeBuds 4 bernilai RM599? Sertai Peraduan JOOX Stream & Win di JOOX dari 29 Oktober hingga 4 November 2021 ini. Peserta yang mendengar lagu nova 9 selama 9 jam akan dipilih secara rambang sebagai pemenang. Mungkinkah korang yang bertuah tu?

Bukan tu je, korang ada bakat menyanyi? Jom sertai Be a nova Star Karaoke Battle dari 5 hingga 18 November 2021. TIGA (3) pemenang akan dipilih untuk 3 kategori iaitu, ‘Top Gift Receive’, ‘Top Likes Received’ dan ‘Most Creative Entry’. Untuk maklumat lanjut boleh ke JOOX.

HUAWEI nova 9 ini telah dilancarkan secara langsung pada 8 November 2021, 8 malam di Facebook dan Youtube HUAWEI. Untuk info lanjut mengenai HUAWEI nova 9, boleh ke HUAWEI Store Online atau HUAWEI Experience Store yang berhampiran dengan anda! Dapatkan peranti HUAWEI korang di Shopee dan Lazada rasmi mereka hari ini!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas