Connect with us

Oh! Media

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Branded

Ini 5 Sebab Kenapa Korang Tak Perlukan PC, Hanya Dengan Menggunakan HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

“Ish, beratnya nak bawa laptop ni ulang-alik pergi kelas…” 

Korang pun mesti ada masalah yang sama kan. Laptop terlalu berat dan besar untuk dibawa ke kelas ataupun bekerja. 

Eh, korang tak tahu ke, ada peranti dengan saiz yang lebih kecil dan ringan tapi boleh mengalahkan PC tau. Ha, apa lagi kalau bukan peranti terbaru HUAWEI iaitu HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition. 

Tablet boleh kalahkan PC? 

Meh, kami kongsikan 5 sebab kenapa HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition berfungsi lebih baik dari PC! 

Nikmati Pengalaman Menakjubkan Dengan Permukaan Seperti Lapisan Kertas 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Membaca atau menulis? Ha, dah tak perlu pilih lagi, dua-dua boleh! 

Dengan lapisan skrin seperti kertas, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition didatangkan dengan skrin anti-silau dan anti-pantulan, yang dapat memberikan pengalaman di luar jangkauan. 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition ini juga mempunyai lapisan optik nano yang dikawal secara magnetik. Lapisan ini dapat mengurangkan pantulan cahaya dan meningkatkan transmisi cahaya untuk paparan yang lebih jelas dan selesa digunakan. 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Bukan itu sahaja, ia dapat mengurangkan silau bagi memberi kesan visual yang lebih baik.  

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dilengkapi dengan 27 lapisan pencahayaan lembut, dapat mengurangkan pantulan skrin sebanyak 60%. 

Dilengkapi dengan algoritma pemetaan, mod warna HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dapat memberikan pengalaman seperti menulis atau membaca di helaian kertas yang sebenar. 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Ia dapat mengawal kecerahan skrin, warna dan suhu. Algoritma pemetaan warna ini dapat menghasilkan beribu-ribu warna daripada gamut warna paparan (RGB) hingga gamut warna lukisan (CMYK), bagi mencipta kesan seperti kertas yang sebenar. 

Ha, menarik kan. HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition ni bukan KOSONG tau! 

Dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang direka khusus, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition terbukti mendapat pelbagai perakuan perlindungan mata, seperti: 

  1. SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification
  2. TÜV Rheinland Reflection-Free Certification
  3. TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification
  4. TÜV Rheinland Flicker-Free Certification 

Skrin Bagaikan Kertas, Pengalaman Melukis Dengan Lebih Mudah

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition merupakan tablet yang pertama dilengkapi dengan aplikasi lukisan GoPaint yang berkuasa dan lebih mudah digunakan. Dihadirkan dengan kesan “True to life” yang mampu memberikan tekstur yang lebih realistik, berbeza bagi rupa dan kanvas. 

Aplikasi GoPaint juga menampilkan tekstur kertas digital yang cukup unik dan membolehkan pengguna untuk memilih pelbagai tekstur kertas yang disediakan bagi mengikut gaya seni masing-masing. 

Korang juga boleh menyesuaikan parameter tekstur dan bayang-bayang bagi mencipta lukisan yang lebih realistik. Ia juga termasuk dengan tekstur pramuat untuk gaya seperti minyak, mengecat dan dakwat. 

Ha, macam ni dah tak perlu cari tekstur tambahan lagi dah. Semuanya LENGKAP! 

Tapi, sebagai seorang “Artis” bukannya kertas je yang penting. Berus, yang digunakan pun perlulah sesuai untuk setiap lukisan kan. 

Korang jangan risau, GoPaint juga menyediakan lebih 100 jenis berus lukisan yang boleh disesuaikan dengan cita rasa dan jenis lukisan yang berbeza. Paling penting korang boleh custom berus lukisan dengan keunikan tersendiri sehingga lebih 70 berus. 

Hasil kerjasama antara HUAWEI dan China Academy of Art (CAA) dapat memperhalusi dan mencipta berus seakan profesional. GoPaint juga menawarkan pelbagai pilihan berbeza yang boleh digunakan bagi setiap lukisan seperti, cat air, lukisan minyak dan cuci dakwat. 

Selain itu, ciri yang cukup menarik bagi kami adalah kapasiti lapisan kanvas yang dipertingkatkan sehingga 320 lapisan, iaitu 15% lebih daripada mana-mana peranti di pasaran. 

Sebab itulah, hasil lukisan yang lebig kompleks dan karya seni yang terperinci dapat dihasilkan dengan lebih mudah. 

Bukan itu sahaja, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga mempunyai Quick Button dan menawarkan lebih dari 8 isyarat dan pintasan, termasuk “Undo”, “Redo”, dan “Touch-and-hold”. 

Kalau nak dibandingkan dengan aplikasi berbayar Procreate yang telah dipasarkan lebih 10 tahun, GoPaint yang baru dilancarkan ini mempunyai 90% kesamaan dengan aplikasi Procreate. 

Paling best, GoPaint bukan sahaja disediakan secara PERCUMA, tapi GoPaint juga mempunyai mod tangan kiri, membolehkan pengguna menyesuaikan mengikut keselesaan masing-masing. 

Ha, macam ni dah boleh jadi macam Leonardo da Vinci la kan? 

Smart Office, Lebih Pintar & Mudah Digunakan Di Mana Sahaja 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dilengkapi dengan “Smart Office” yang membolehkan korang bekerja dengan lebih mudah, di mana sahaja. 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga didatangkan dengan HUAWEI  M-Pencil Generasi Ke-3 (NearLink) yang mempunyai latensi ultra rendah dan tahap pengesan tekanan sehingga 10K, 

Ha, kalau korang tak percaya, jom sahut cabaran ini. Korang boleh letakkan 20 keping kertas di atas HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition dan menggunakan HUAWEI  M-Pencil Generasi Ke-3  untuk melukis dan lihat hasilnya. 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Selain HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-3  (NearLink), HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga didatangkan dengan papan kekunci yang dilengkapi dengan Magnetik Pintar. Ia dapat memberikan mod penggunaan berbeza bagi keadaan laptop terhubung, terpisah dan Studio. 

Reka bentuk yang lebih anggun, dan berat yang ringan seperti kertas memudahkan lagi pengguna untuk membawanya ke mana sahaja. 

Paling best, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga dilengkapi dengan PC-Level WPS Office yang digunakan untuk PC. Tentunya ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang menarik untuk digunakan. 

Antara 5 ciri utama yang cukup menarik bagi kami adalah: 

  • PC-level UI
  • Interaksi papan kekunci dan tetikus
  • PivotTable
  • Formula insertion
  • Garisan grid dan pembaris 

Selain itu, korang juga dapat mengendalikan dokumen dengan lebih cekap, dengan menggunakan WPS Writer, PPT, Word, atau Excel. Ciri SuperHub juga dapat memberikan pengalaman pembentangan tanpa gangguan. 

Lebih Mudah Hanya Dengan Menggunakan HUAWEI Notes  

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Bekerja atau masih belajar? Ha, korang yang mana satu? 

Tak kira la bekerja atau masih melanjutkan pelajaran, korang mesti selalu kena tulis nota kan. 

Tengah-tengah kelas, tiba-tiba pensyarah boleh pula bagi topik exam nanti, tapi tak boleh ulang? Kiranya, siapa cepat dia dapat la kan. 

Eh, korang jangan risau HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition juga mempunya HUAWEI Notes yang membolehkan pengguna untuk merakam audio bersama-sama nota.

Ha, macam ni lebih senang la nak tulis nota kan. 

Cip HUAWEI Kirin 9000 WL Dengan 8800mAH Batteri  

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Kami boleh katakan HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition merupakan peranti yang cukup menarik dengan teknologi terkini. Ia juga dilengkapi dengan cip HUAWEI Kirin WL 9000 WL yang mempunyai prestasi dan kecekapan yang cukup canggih dan terkini.  

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai Skrin Kadar Segar Semula 144Hz yang dapat memberikan pengalaman visual definisi tinggi dan dilengkapi dengan 8800mAH batteri yang mempunyai jangka hayat yang lebih lama. 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition Peranti Yang Dapat Mengantikan PC 

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition

Dengan hanya RM2,499 korang boleh dapatkan HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition yang seperti PC. 

Korang juga berpeluang mendapatkan hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM2,046, seperti Papan Kekunci Magnetik HUAWEI , HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, Tetikus HUAWEI, HUAWEI FreeBuds 5i dan baucar tunai bernilai RM200. 

Tunggu apa lagi? Jom dapatkan sekarang di Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Utama HUAWEI di Lazada, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas