Branded
Beli Penyaman Udara, Peluang Menang Bil Elektrik Percuma Setahun!
Cuaca sekarang memang tak menentu. Dari tengah hari, sampai ke malam panas. Nak tidur pun berpeluh. Bangun pagi pun lencun tilam sebab panas punya pasal!
Kediaman panas, semua tak kena, apa nak buat?
Pasang kipas memang tak jalan. Panas tak boleh bincang. Tapi, takkan nak guna air-cond sepanjang hari? Tak ke melambung bil elektrik nanti?
Dengan peningkatan kos barang keperluan harian, petrol, kos sara hidup, komitmen, pertambahan kos untuk bil elektrik adalah sesuatu yang merisaukan. Bayangkan terpaksa catu makan sebab perlu bayar bil?
Jadi, apa penyelesaiannya? Macam mana cara untuk wujudkan kediaman selesa tanpa perlu fikir kos bil elektrik bertambah?
Peluang menang tajaan bil elektrik dengan Kempen ‘Beat The Heat, We Pay Your Electricity Bill’ dari Haier
Bagi anda yang masih tercari-cari penyaman udara untuk kediaman lebih selesa bagi seisi keluarga, ini berita baik! Haier kini menjalankan kempen ‘Beat The Heat, We Pay Your Electricity Bill’.
Pemenang berpeluang menang bil elektrik ditaja selama setahun bernilai RM5,000* untuk 10 pemenang bertuah.
*Cabutan ini tertakluk terma dan syarat
Cara penyertaan
Untuk menyertai cabutan bertuah ini, peserta perlu membeli produk Haier terpilih di Haier Brand Shop atau dari pengedar yang disahkan sepanjang tempoh kempen.
Kemudian, peserta pelu menghantar borang cabutan bertuah atau imbas QR dan memuat naik bukti pembelian. Nama peserta akan tersenarai di dalam sistem untuk cabutan bertuah.
Penghantaran penyertaan perlu dibuat bermula 15 April hingga 7 Julai 2026.
Hanya satu invois atau resit untuk model terpilih layak untuk satu penyertaan sahaja. Hanya satu hadiah layak dimenangi untuk setiap penyertaan. Peserta boleh menghantar maksimum sehingga 5 invois untuk penyertaan.
Cepat, kempen ini berlangsung sekarang sehingga 30 Jun 2026. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melawati laman INI. Ini mungkin satu-satunya peluang anda menang tajaan bil elektrik secara PERCUMA!
Kenapa penyaman udara Haier patut jadi pilihan?

Dalam banyak-banyak jenama penyaman udara di pasaran, kenapa perlu pilih Haier? Ini antara ciri penting produk terpilih Haier yang menjadikannya pilihan utama untuk kediaman anda.
Pernah tak kehilangan remote penyaman udara sebab anak kecil? Walaupun satu rumah dah digeledah, masih tak jumpa. Stress!
AI Voice
Kini dengan ciri AI Voice, tak perlu pening lagi. Kawal penyaman udara dengan suara anda sahaja.
Nak turunkan suhu? Nak on atau off? Cuma perlu cakap je, settle! Tak perlu usaha untuk cari remote atau tekan apa-apa butang, senang.
AI ECO
Teknologi AI ECO membolehkan penghawa dingin Haier mengawal penggunaan tenaga secara pintar mengikut corak penggunaan harian anda.
Anda boleh memantau penggunaan elektrik, menetapkan had penggunaan, dan mengelakkan bil melambung, sambil memastikan penyejukan kekal optimum dan lebih menjimatkan kos.
UVC Pro
Selain itu, model tertentu Haier juga dilengkapi dengan teknologi UVC Pro. Ini menjadikan penyaman udara ini mampu mencapai sehingga 99.9% kadar antibakteria.
Penggunaannya membantu mengurangkan kuman serta bau tidak menyenangkan. Disahkan oleh SGS, ia memastikan udara di rumah lebih bersih, segar dan selamat untuk seisi keluarga.
Ikuti Facebook dan Instagram Haier untuk tidak ketinggalan promo semasa berkenaan produk Haier.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM