Branded
Lebih Berbaloi Dimiliki! HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition Tablet Paling Standout 2025, Setanding PC
Kalau korang jenis yang suka buat kerja menggunakan PC, kami yakin mesti korang akan cari tablet yang mampu beri kepuasan yang sama betul tak?
Tak dinafikan, nak jumpa tablet yang betul-betul serupa dan setanding PC tu susah sangat, dan kebanyakannya kita kena olah sendiri dari segi aplikasi, aksesori dan banyak lagi lah. Dah perhabis duit pula…
Tapi, percaya tak, ada satu tablet ni memang setanding dengan PC, paling penting berbaloi untuk dimiliki, harga pun rahmah, iaitu HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025. Kalau korang nak tahu kenapa kami kata ia setanding PC, meh sini meh kami kongsikan.
Hadir Bersama Papan Kekunci Pintar

Mampu milik dah satu green flag, dapat papan kekunci pintar percuma pun satu lagi green flag! Tablet HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ni dilengkapi dengan papan kekunci pintar boleh tanggal tau. Dah tak perlu runsing fikir nak keluarkan duit lebih betul tak?

Menariknya, papan kekunci ni bukan saja mudah untuk sambung dengan tablet, malah ia juga hadir dengan lampiran magnet untuk lekat atau cabut kepada bentuk laptop atau split form untuk tonton movie.
Dilengkapi Aplikasi WPS, Kerja Jadi Lebih Mudah
Kalau kita cari tablet yang setanding PC, mesti tujuan utama untuk buat kerja kan? Jadi, tablet HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ini dilengkapi dengan aplikasi WPS yang pc-level tau, tak perlu dah nak muat naik banyak-banyak aplikasi kerja.

Menariknya, PC WPS office pada tablet ini mempunyai antaramuka yang sama seperti PC, d mana ia menawarkan percuma Word Document, PowerPoint dan Spreadsheet, serta ia menyokong anotasi tulisan tangan dan tandatangan elektronik untuk PDF. Baguskan?

Paling penting, tablet ini membolehkan korang untuk buka 4 aplikasi dalam satu masa, di mana dua aplikasi boleh dipaparkan terapung dan diubah saiz, dan dua aplikasi selebihnya boleh berkongsi skrin sebelah-menyebelah tau!
Mata Kurang Letih Bila Hadap Skrin, Sebab Itu Berbaloi
Biasalah, bila kita terlalu lama tengok skrin, mata kita mesti akan jadi letih, berair dan sakit betul tak? Tapi, dengan tablet HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ni, korang tak perlu risau dah tentang kesakitan mata.
Untuk keluaran tablet kali ini, HUAWEI hadir dengan skrin paparan PaperMatte, iaitu sebuah teknologi Circular Polarization yang membantu memberikan keselesaan pada mata serta anti silau tau. Macam mana?
Nak mudah faham, bayangkan perbezaan antara melihat skrin biasa dan melihat cahaya matahari.
Kalau korang lihat cahaya matahari, mata korang tak akan penat dan sakit sebab cahaya dari matahari adalah terkutub pekeliling, di mana cahaya itu dipancarkan secara sekata.
Manakala, kebanyakan skrin memancarkan cahaya secara tertumpu atau terkutub linear, di mana ia hanya memancarkan cahaya kepada bahagian mata yang sama berulang kali, menyebabkan ketegangan mata, keletihan atau masalah mata kering.
Jadi, dengan skrin paparan PaperMatte ini, ia mempunyai teknologi khas untuk menukar cahaya skrin yang kasar dan tertumpu kepada cahaya yang lebih semula jadi, menjadikan mata korang lebih selesa untuk membaca, melayari atau menonton skrin dalam tempoh lama.
Selain itu, paparan ini juga telah memperoleh sijil termasuk TÜV Rheinland Low Blue Light without Flicker, SGS Gold Standard 2.0, dan TÜV Rheinland Circular Polarization certification.
Serlahkan Kreativiti Dalam Catatan Nota, Barulah Seronok!
Untuk korang yang suka buat catatan pada tablet, lepas ni korang boleh level catatan dengan kreativiti menggunakan aplikasi HUAWEI Notes.

Menariknya, menerusi aplikasi ini, korang boleh menggunakan pelbagai seleksi sticker, cover dan kertas menerusi Resource Center, untuk menjadikan setiap nota catatan korang lebih seronok untuk dibaca.
Ada lebih kurang 300 jenis sticker, 120 jenis cover dan 50 jenis kertas untuk korang pilih, serta terdapat juga pilihan berus dan pensel, dari 2B, pen mata felt hinggalah pen kaligrafi. Seronokkan?
Lagi best, korang juga boleh masukkan gambar, rakaman, tulisan tangan dan petikan ke dalam HUAWEI Notes ni.

Tablet ini juga dilengkapi dengan Magic Memos yang dapat membantu menuliskan catatan, serta AI Handwriting Enhance, yang dapat menangkap tulisan korang, walaupun tulisan itu cakar ayam. Siapa yang selalu tulis laju tu dah boleh tarik nafas lega dah!

Kalau dah seleksi pensel, mestilah ada HUAWEI M-Pencil generasi ketiga! Dengan pensel ini, segala tulisan akan muncul serta-merta apabila korang menulis, dan pen bergerak secara semula jadi mengikut kelajuan tangan, sangat responsif dan tepat.
Selain HUAWEI Notes, baru-baru ini aplikasi GoPaint juga baru saja dimasukkan ke dalam HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025, di mana terdapat pelbagai jenis berus seperti berus cat air, berus pensel, penanda yang boleh ditukar dengan mudah, dengan strokes yang licin, tekstur halus dan realistik.
Mudah Di Bawa Ke Mana Saja, Ringan & Bateri Tahan Lama
Selain PC, kalau korang perlu bekerja secara hybrid, mesti korang perlu bawa laptop yang berat ke mana-mana saja betul tak? Haa, lepas ni korang dah tak perlu berpenat lelah gendong laptop lagi dah, bawa saja HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ni!
Walaupun berat hanya 515gram dengan ketipisan 6.1mm saja, tablet ini direka dengan unibody semua logam tau, dan ianya lebih nipis daripada versi sebelumnya.
Dah lah ringan, mudah dibawa ke mana saja, jangka hayat bateri pula tahan lama tau! Tablet ini mempunyai bateri sebesar 10,100 mAh, bateri paling besar dalam kelasnya, dan ia siap diuji mampu memainkan video secara berulang selama 13 jam! Baguskan?
Bukan itu saja, tablet ini juga menyokong pengecasan pantas 40W, serta pengecasan tanpa wayar menggunakan lampiran magnet. Dah tak perlu risau nak tunggu lama sampai tablet cas penuh.
Serba Boleh & Setanding PC, HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 Berbaloi Untuk Dimiliki Tahun 2025
Sejujurnya, bagi kami berbaloi sangat kalau korang dapatkan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 ni sebab banyak ciri-ciri yang bagus dan setanding PC, ringan dan mudah untuk di bawa ke mana saja tau.

Jadi, untuk korang yang tengah cari tablet yang serba boleh, korang boleh dapatkan HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 dengan dua pilihan warna menarik iaitu Violet dan Space Grey, pada harga bermula RM1,599 saja. Fuhh, harga mampu milik ni guys!
Pra tempah sekarang dan nikmati ganjaran hebat bernilai RM698, termasuk HUAWEI M-Pencil 3rd Gen dan PC Level WPS! Dapatkan sekarang di laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, dan TikTok.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HUAWEI, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM