Connect with us

Oh! Media

Comelnya Koleksi Pusheen Edisi Terhad Watsons Sempena Raya Ni! Siap Ada Sandal Mesra Comel Lagi Tu

Branded

Comelnya Koleksi Pusheen Edisi Terhad Watsons Sempena Raya Ni! Siap Ada Sandal Mesra Comel Lagi Tu

Bulan puasa ni selain kena tahan dari lapar dan dahaga, kita mesti takkan dapat tahan dengan apa yang ditawarkan Watsons. Lagi-lagi bila Watsons keluarkan koleksi Pusheen The Cat edisi terhad sempena Hari Raya yang ohsem ni. 

Koleksi Pusheen tahun ni memang akan jadi rebutan kaum wanita dan kanak-kanak punyalah. Rasa nak rembat semua barang Pusheen ni, comel sangat!

Ini 7 koleksi Pusheen edisi terhad sempena raya yang lebih comel & lebih jimat!

1. Limited Edition Pusheen Airtight Container 800ML

Datang dalam tiga pilihan warna iaitu merah jambu, hijau dan ungu yang sangat cantik, boleh digunakan anak-anak bawa makanan ke sekolah atau isteri boleh siapkan bekal lauk yang sedap untuk suami berbuka dekat pejabat nanti. Manalah tahu suami tak sempat nak balik rumah kan?

3 koleksi ni akan dikeluarkan pada hari yang berbeza tau, ungu 30 Mac, hijau 19 April dan merah jambu 3 Mei.

[Harga RM9.57 sahaja selepas potongan 70%. Boleh borang sekali 3 warna terus!]

2. Pusheen Multipurpose Case

Untuk bekas Super Fierce Pusheen The Cat ni korang boleh dapatkan dua pilihan warna, merah jambu dan kuning. Paling best bahan ABS yang digunakan tidak akan calar, jadi korang boleh gunakan untuk letak makeup atau alatan mandi. Barulah mudah nak bawa balik kampung nanti.

[Harga RM39.90 sahaja selepas potongan 50%]

3. Pusheen Water Tumbler 800ml

Botol air ni pun comel sangat gais! Boleh dapatkan juga sekarang, tapi jangan minum waktu siang hari pula ok. Hehe… Ada dua warna pilihan merah jambu atau biru.

[Harga RM16.90 sahaja selepas potongan 50%]

4. Pusheen Face & Bath Towel Set

Tuala jenis Microfibre ni pun boleh didapatkan dalam dua pilihan warna, merah jambu dan biru. Sesuai untuk semua peringkat umur dan yang penting daya serap tuala ni tinggi serta sangat selesa. Anak-anak mesti suka punyalah.

[Harga RM24.90 sahaja selepas potongan 50%]

5. Pusheen Tote Bag

Memang bergayalah kalau bawa Pusheen Tote Bag ni jalan beraya nanti. Saiz yang agak besar amat sesuai untuk korang bawa barang keperluan bila pergi majlis, shoping atau kerja. Tote bag ni guna bahan jenis polycanvas, jadi korang tak perlu risau basah dengan air.

[Harga RM22.90 sahaja selepas potongan 50%]

6. Pusheen Apron

Makin semangatlah ibu dan anak buat kuih raya dekat dapur tahun ni kalau dapat Pusheen Apron yang comel dan kalis air ni. Didatangkan dalam dua pilihan warna di atas dan menggunakan bahan yang sama macam Pusheen Tote Bag jenis polycanvas yang tahan lasak.

[Harga RM20.90 sahaja selepas potongan 50%]

7. Pusheen Slip on Sandal

Sandal mesra comel ni memang korang kena dapatkan sebab tahap kecomelan dia melampau weh! Nampak selesa je bila sarung dekat kaki dan boleh pakai untuk berjalan santai luar rumah atau nak pakai dalam rumah sambil buat kerja pun boleh.

[Harga RM19.90 sahaja selepas potongan 50%]

Apa? Tak cukup 7, nak lagi koleksi Pusheen yang comel?

Selain koleksi Pusheen edisi terhad sempena raya, Watsons turut keluarkan koleksi alat tulis Pusheen yang terpaling comel khas untuk anak-anak bawa pergi sekolah. Kalau emak ayah nak pakai dekat tempat kerja pun boleh, apa salahnya, hehe.

Semua koleksi Pusheen The Cat ni korang boleh dapatkan terus di semua cawangan Watsons atau secara online.  Setiap pembelian juga akan disertakan diskaun sehingga 30% dan kena dapatkan cepat sementara stok masih ada.

Banyak lagi koleksi menarik yang kita boleh dapatkan di Watsons dan untuk maklumat lanjut terus ke www.watsons.com.my/promo dan follow Watsons Malaysia di Facebook dan Instagram.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas