Trending
Tak Semestinya Sedih, Iklan Raya Tahun 2024 Beri Nafas Baru! Siap Ada Yang Guna AI!
Oleh
Pejam celik, pejam celik, tahu tahu dah nak raya dah. Korang semua pun mesti dah sampai kampung halaman masing-masing kan? Kalau belum, kami nak ucapkan selamat pulang dan hati-hati memandu.
Alang-alang tu kan, tak lengkap sambutan raya kalau tak ada iklan raya betul tak? Tak perlu susah-susah buka banyak tab, meh sini meh kami kongsi senarai iklan raya yang best, no skip untuk tahun 2024!
Dimensi Raya Paling Unik – Watsons
Untuk iklan raya tahun ni, Watsons nak bawa korang pergi ke dimensi yang berbeza untuk bantu Ayda cari jawapan kenapa keluarga Ayda ‘palau’ dia.
Ayda ni annoying sangat ke sampai keluarga dia buat macam tu? Haa, kalau nak tahu, kenalah tengok sampai habis. Iklan ni menampilkan selebriti terkenal tanah air seperti Catriona Ross, Nazrudin Rahman, Angeline Tan, Ropie, Sabri Yunus, Coex, dan Nadhir Nasar!
Raya A.I.dilfitri – Julies Biscuit
Korang pernah dengar tak orang guna Ai untuk buat video raya? Tak pernah kan?
Haa, bagi kami iklan raya paling kreatif untuk tahun ni memang jatuh kepada Iklan Raya A.I.dilfitri daripada Julies! Korang bayangkan mereka guna teknologi ADGPT untuk buat iklan raya. Tapi, plot dekat akhir video tu memang mind blown!
Raya Kasi Ngam – CompAsia
Bukan hari Raya lah kalau tak ada soalan panas “bila nak kahwin” daripada mak cik-mak cik. Kalau korang pernah kena, mesti boleh relate dengan video Raya CompAsia ni!
Video Raya CompAsia ni menceritakan tentang Danish berkongsi bersama ahli keluarganya tentang ciri-ciri idaman yang Ngam untuk dirinya. Korang rasa Danish dah jumpa ke belum? Psst, dekat CompAsia, semua yang Ngam ada tau!
Amal (ft Alif Satar) – Hong Leong Bank
Jangan sesekali pandang enteng dengan amalan kebaikan yang kita buat sekarang. Mana tahu, amalan-amalan macam bersedekah dan tolong-menolong dapat bantu berjuta orang pada masa depan betul tak?
Tak percaya? Korang kena tengok iklan raya Hong Leong Bank ni sampai habis dan korang nilai sendiri betapa pentingnya buat amal kebaikan.
Sinar Raya: Serving The Communities We Serve – Sunway
Haa, waktu kecil dulu, tipulah kalau korang tak pernah kena tegur dengan orang tua korang untuk sentiasa berlaku adil dan saksama, serta jangan berkira apabila memberi.
Bukan apa, kalau korang beri semua orang peluang dan sokongan secara sama rata tanpa mengecualikan sesiapa pun, mesti banyak kebaikan yang boleh dicapai bukan saja untuk diri sendiri, malah untuk masyarakat dan negara. Kalau nak tahu apa maksud kami ni, tengok video raya Sunway sampai habis!
Pita Hati – U Mobile
Serius kami cakap, untuk iklan U Mobile ni, korang memang kena sediakan tisu sebakul sebab awal-awal lagi dah sedih! Ni kami tulis ni pun sambil lap air mata tahu tak.
Bayangkan orang yang paling korang sayang, yang tahu segala perkara tentang diri korang, tiba-tiba hilang ingatan. Semestinya korang akan cuba bermacam cara untuk kembalikan semula ingatan mereka betul tak?
Itulah situasi dihadapi oleh Aisyah yang mana suaminya, Azman tiba-tiba hilang ingatan. Korang rasa adakah Aisyah berjaya kembalikan ingatan suaminya melalui Pita Hati? Janji dengan kami tengok sampai habis!
Raya Confirm Ong – Southern Valley
Nasib kahwin dengan kaum dan agama berbeza, pastinya ada macam-macam ragam. Macam si Ai Cheng ni, kesian dia, lagi beberapa hari nak sambut raya, si suami kena outstation. Dah lah kali pertama nak sambut raya.
Tapi, ia tak membuatkan Ai Cheng putus asa tau. Macam-macam benda dia buat sendiri! Kalau nak tahu, tengok sampai habis sebab serius korang pun tak akan expect!
Raya Style Bandar – Gamuda Land
Korang balik kampung masa hari Raya sebab nak vibe saja kan? Haa, korang pernah terfikir tak semua sanak saudara bertandang dekat rumah korang? Mesti gementar kan takut lain vibe?
Macam iklan Raya Style Bandar ni lah, punyalah si suami isteri kalut fikir macam mana nak buat beraya di rumah mereka tu ada vibe raya di kampung. Sekali… Haa, kalau nak tahu, kenalah tengok!
Bukalah Hati – CelcomDigi
Jarang jumpa iklan raya ada siri, untuk tahun ni CelcomDigi bawakan 3 iklan raya hasil daripada 3 orang pembikin filem berbeza dengan tema Bukalah Hati.
Yang bestnya, ketiga-tiga iklan raya ni ada mesej tersendiri tau seperti kepentingan bersikap terbuka untuk menerima perbezaan dan meraikan keharmonian antara masyarakat.
Aku Sebuah Beg Pesanan – Grab
Dalam banyak-banyak iklan raya, kami rasa iklan raya Aku Sebuah Beg Pesanan daripada Grab ni paling comel! Korang bayangkan beg pesanan tu merajuk dengan tuan dia sebab terlalu banyak kerja kena buat.
Dah nama pun merajuk, mestilah nak lari betul tak? Tapi, masa beg pesanan ni lari dari tuan dia, banyak benda yang dia jumpa, siap dapat nasihat free lagi. Kalau nak tahu apa yang beg pesanan ni buat akhir sekali, jom lah tengok sama-sama, confirm korang geli hati juga!
Landasan Kenangan – KFC
Tak semua orang yang kita sayang akan kekal bersama dengan kita. Jadi, walau apa pun terjadi, jangan lupa untuk sentiasa luangkan masa bersama tersayang.
Kenangan boleh dicipta, tapi masa? Masa tak boleh diputar semula.
Sahur Made Easy With Kawan – Kawan Food
Musim perayaan ni, tak sah lah kalau barang-barang tak cukup kan? Dapat pula tetamu yang datang tak bagitahu awal-awal, memang auto kelam kabut.
Jadi, penyelesaiannya, kenalah ada Kawan, barulah senang!
Makna Raya Si Menantu – Maxis
Siapa yang baru saja mendirikan rumah tangga tu, mesti korang nervous nak beraya di rumah keluarga mertua kan? Maklumlah, baru kali pertama nak berjumpa keluarga besar, mesti terasa kekok sikit.
Tapi, korang janganlah risau. Bila korang terima sesuatu dengan hati terbuka, kami pasti korang dapat menghayati makna dan kemeriahan adalah tetap sama. Macam iklan raya Makna Raya Si Menantu daripada Maxis ni. Confirm korang boleh relate!
Kemeriahan Dikongsi, Raya Disayangi – EcoWorld
Siapa dekat sini atuk dan nenek selalu video call lagi-lagi nak dekat hari Raya? Maklumlah, makin nak dekat raya ni, rindu tu semakin membuak-buak! Jadi lagi tak sabar nak berjumpa betul tak?
Macam dalam video raya Kemeriahan Dikongsi, Raya Disayangi daripada EcoWorld. Atuk dengan nenek siap datang sehari sebelum raya tau sebab tak sabar nak jumpa. Siapa ada pengalaman macam ni, mesti riuh kan?
Sama Sama Melangkah – MR D.I.Y
Faham sangat generasi muda pada masa kini sibuk dengan kerja harian sehinggakan terpaksa berhadapan situasi di mana perlu berkorban lebih demi membahagiakan keluarga, lagi-lagi nak dekat musim perayaan. Tapi, janganlah sampai tahap korang mengabaikan keluarga korang macam si Rahmat ni.
Duit boleh dicari, tapi keluarga? Tiada pengganti.
Penyala Harapan – AIA
Fulamak, iklan Raya AIA ni buat kami rasa nak menari zapin pula! Tapi, apa yang penting dekat sini, korang kena pastikan harapan untuk diri korang terlaksana dulu tau.
Jadi, korang dah laksanakan harapan diri korang ke belum? Kalau belum, cuba tengok video raya Penyala Harapan ni sampai habis!
Lagu Raya Raya Raya Medley (Imsoniacks x DOLLA) – Samsung
Wah, tahun ni Samsung bawa nafas baru untuk lagu Raya yang mana mereka bawakan khas Imsoniacks dan DOLLA untuk medley Lagu Raya Raya Raya! Memang terngiang-ngiang bila dengar ni sebab best sangat!
Salam Dari Hati – Petronas
Biasa pagi-pagi raya kita bersalaman dan bermaafan betul tak? Tapi, korang rasa, adakah salam dan maaf itu memang betul-betul dari hati atau sekadar pemanis mulut?
Tak dinafikan, iklan Salam Dari Hati daripada Petronas ni adalah salah satu iklan yang menyentuh hati. Kalau korang nak tengok, siap-siap tisu dekat tepi tau.
Rindu-rinduan Anak Bulan – IJM Land
Siapa dekat sini yang setiap kali nak dekat hari Raya, mesti terkenang dan rindu orang yang tersayang sampai tahap tak sabar nak jumpa mereka? Haa, samalah, kita boleh jadi geng!
Macam Pak Ahmad ni, dia rindu sangat dekat anak dia sampai setiap malam asyik tengok bila anak bulan nak muncul sebab itu kan penentu Hari Raya nak dekat, sehinggakan dia sanggup buat apa saja untuk pergi ke bulan. Eh, biar betul?!
Kalau nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Pak Ahmad, jomlah tengok sama-sama.
Haa, sedar tak sedar, dah banyak iklan raya yang kami dah kongsikan. sedih ada, gembira ada, kelakar pun ada. Mana satu kegemaran korang? Harap-harap semua iklan raya yang kami kongsikan ni dapat membuatkan raya korang bertambah ceria!
Alang-alang tu, kami daripada OhMedia menghulurkan sepuluh jari jemari, memohon ampun dan maaf. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.