Connect with us

Oh! Media

Jom Cantik Raya Ni Dengan Produk Alia. Beli Sekarang & Jadi Yang Bertuah Menang Baucar Poplook Dari Watsons!

Branded

Jom Cantik Raya Ni Dengan Produk Alia. Beli Sekarang & Jadi Yang Bertuah Menang Baucar Poplook Dari Watsons!

Selalu sangat pakai produk luar, sampai kadang-kadang tak sedar yang Malaysia sebenarnya pun ada produk penjagaan wajah yang berkualiti tinggi dan mampu milik. 

Korang tau tak, di Watsons sekarang dah banyak produk penjagaan wajah dan diri jenama tempatan dan salah satu yang kami suka ialah dari jenama Alia.

Menarik tentang jenama Alia, ia diformulasi sesuai dengan kulit ‘orang kita’. Bila dipakai, muka takdelah breakout dan nak cari tona solekan yang sesuai dengan warna kulit pun mudah.

Raya pun dah nak dekat, ini kami nak kongsikan 9 produk yang korang kena ada untuk #GRWALIA. Barulah glowing dan harum raya nanti!

1. Retinol Anti-Ageing Youth Firming Toner

Kalau korang berusia 25 tahun keatas dan baru nak cuba gunakan retinol, kami cadangkan korang mulakan dengan Retinol Anti-Ageing Youth Firming Toner dari Alia.

Essence Toner ini mengimbangi dan menyihatkan kulit dengan menghilangkan minyak berlebihan. Mengandungi Pentavitin, ia terbukti dapat melembapkan, memulihkan dan melindungi kulit daripada dehidrasi. 

Ia juga berfungsi untuk meratakan tona dan tekstur kulit, menggalakkan kulit yang lebih seimbang untuk wajah yang lebih lembut, licin dan kelihatan muda.

Klik sini untuk pembelian

2. Vitamin C Facial Serum

Nak wajah yang lebih cerah dan tona kulit sekata masa raya? Korang boleh cuba Vitamin C Facial Serum. Serum muka ini mempunyai kepekatan dengan 100xVitamin C yang memberikan kesan pemutihan dan pencerahan yang tinggi dan berkesan. 

Ia menenangkan, melindungi dan menghidratkan kulit sepanjang hari. Selain tu, serum ini juga membantu melawan pelbagai tanda penuaan dan menjadikan kulit nampaj muda dan berseri. 

Menggunakan ramuan Habbatus Sauda, digabungkan dengan kompleks Radiant+ termasuk Korean Hardy Orange, *Et-VC dan Vitamin B3 ia memberikan kesan pemutihan, pencerahan dan anti-penuaan kulit yang sempurna, sambil melindungi daripada tekanan oksidatif dan memberikan penghidratan dengan Vitamin E dan Asid Amino, menjadikan kulit lebih gebu, tegang dan muda berseri.

Klik sini untuk pembelian

3. Jamu-V Botanical Beverage

Bukan luaran saja, dalaman pun kena jaga juga. Jamu-V Botanical Beverage, segar dan penuh dengan pati ia mengandungi Inulin Prebiotik, yang membantu mengekalkan mikrobiome yang baik. 

Menggabungkan Buah OmegiaTM Seabuckthorn, Kayu Serapat, Manjakani, Kacip Fatimah, jus Delima, dan Epal Hijau, jamu ini menawarkan manfaat kepada wanita dengan memastikan badan segar dan seimbang. 

Ditambah dengan kemanisan madu dan sedikit strawberi, minuman rendah kalori yang menyegarkan ini memberikan rasa kesegaran dan membantu menyokong gaya hidup seimbang. 

Klik sini untuk pembelian

4. Whiten’n Colla-Gen

Badan rasa sengal-sengal dan kulit dah mula hilang keanjalan? Ambil Whiten’n Colla-Gen. Minuman dengan rasa beri yang lazat ini dapat membantu meningkatkan tenaga korang.

Ia bebas lemak dan dirumus dengan L-Glutamine serta Vitamin C, memberi permulaan yang menyegarkan untuk hari korang.

Klik sini untuk pembelian

5. Color Lip Balm (Peach)

Jangan biarkan bibir kusam dan tak bermaya, lindungi bibir korang dengan balsem bibir berwarna yang mengandungi Habbatus Sauda, Korean Cromwell dan Vitamin E untuk menghidrat secara mendalam.

Kandungan Jojoba Oil dan Shea Butter pula membantu menyihatkan tanpa mengelupas. Ia memastikan bibir kekal lembut, berkilat dengan warna dan kelihatan licin sehingga 12 jam.

Klik sini untuk pembelian

6. 2 Way Cake (Natural)

Serikan kulit tanpa cela dengan bedak kompak Alia 2 Way Cake (Natural). Mengandungi Habbatus Sauda, rahsia kecantikan purba ini digabungkan dengan bahan dari Korea memberikan hasil kulit yang lembut dan cantik berseri.

Barulah nampak segar dan menawan hari raya nanti.

Klik sini untuk pembelian

7. No Sebum Powder 

Jangan biarkan panas memudarkan makeup korang. 

‘Kunci’ solekan dengan Alia No Sebum Powder supaya wajah kelihatan flawless dan cantik berseri. Diformulasi dengan ramuan Habbatus Sauda dan bahan dari negara Korea. 

Solekan korang mampu bertahan lama pada wajah tanpa perlu risau nak kena touch up.

Klik sini untuk pembelian

8. Body Mist (Euphoria)

Salah satu best seller, ini merupakan wangian on the go penulis kerana Body Mist (Euphoria) ni mempunyai wangian yang sangat lembut dan menenangkan. Ia menggunakan bahan seperti Habbatus Sauda dan Ekstrak Teh Hijau Jeju. 

Paling penting, BEBAS ALKOHOL dan mesra solat. Confirm pergi beraya wangi sentiasa.

Klik sini untuk pembelian

9. Roll on perfume

Nak saiz wangian yang kecil dan mesra tas tangan? Korang boleh cuba Roll on perfume dari Alia. Mempunyai pilihan bauan yang sama seperti body mist, roll on perfume selalu menjadi pilihan jika pergi mengembara atau jenis yang sibuk bekerja dan perlu berjumpa orang setiap masa.

Klik sini untuk pembelian

Jom Get Ready With Alia Raya Ini & Menangi Baucar Poplook Dari Watsons

Ini hanya beberapa produk Alia yang menjadi pilihan penulis, kalau korang berminat dengan produk ni, ia boleh didapati di Watsons.

Sempena promosi Ramadan-Raya ini juga, Watsons nak bagi korang baucar tunai daripada jenama baju terkenal tempatan, Poplook bernilai RM200. Wow!

Cara nak menang mudah je, pastikan korang ahli Watsons dan berbelanja sepanjang kempen promosi bermula 14 Mac hingga 22 April.

50 orang pembeli yang buat pembelian tertinggi dengan produk Alia berpeluang memenangi baucar Poplook bernilai RM200.

Jom cantik dengan produk Alia di pagi lebaran. Produk Alia hanya eksklusif di Watsons. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terbaru layari www.watsons.com.my atau ikut Alia di Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas