Connect with us

Oh! Media

“Arwah Beritahu Dia Halalkan Hutang Rakannya, Mahu Masuk Ke Syurga”

Cover Photo Om 1200 X 675 94

Trending

“Arwah Beritahu Dia Halalkan Hutang Rakannya, Mahu Masuk Ke Syurga”

Seorang kanak-kanak 11 tahun, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar maut dipercayai dipukul pelajar senior gara-gara wang RM4.

BACA: RM4 Punya Pasal, Anak Yatim Dipukul Sehingga Maut

Menurut laporan Utusan, keluarga mangsa iaitu Faridah Latif mendedahkan perangai arwah yang tidak berkira dengan rakan-rakan.

IKLAN
Ibu1
Foto UtusanShaikh Ahmad Razif

Kongsi Faridah, arwah pernah bercerita kepada ibunya mengenai rakan-rakan yang berhutang namun ibunya sering meminta arwah supaya tidak berkira dan menghalalkan sahaja hutang itu.

Sejak itu arwah sering memberitahu dia menghalalkan semua hutang rakannya kerana dia mahu bantu rakannya dan masuk ke syurga.

Faridah berkata walaupun dia cumalah ibu saudara angkat arwah tetapi hubungan mereka sangat mesra. Arwah memanggilnya dengan gelaran ‘mama’.

Kami sering berjumpa setiap kali saya pulang ke rumah ibu angkat yang merupakan nenek arwah di Kampung Gelugor.

Arwah sentiasa menceriakan suasana dan bila dia tak ada ini, memang akan terasa sangat kehilangannya

Faridah juga sangat terkilan dan menyifatkan tuduhan arwah mencuri RM4 adalah tidak logik.

Mangsa difahamkan mula dihantar ke kompleks rumah anak yatim dan miskin yang terletak di Kuantan Pahang itu sejak setahun lalu bagi mendapatkan pengajian agama.

Arwah dihantar untuk memulakan sesi baharu pengajian pada Khamis minggu lalu dan meninggal dunia dipercayai dibelasah pelajar senior pada Ahad.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas