Connect with us

Oh! Media

RM4 Punya Pasal, Anak Yatim Dipukul Sehingga Maut

Trending

RM4 Punya Pasal, Anak Yatim Dipukul Sehingga Maut

Seorang kanak-kanak dibelasah rakannya sehingga maut kerana disyaki mengambil duit sebanyak RM4. Allahu, kesiannya..

ADVERTISEMENT

BACA : Terima Pampasan Kerajaan, Bapa Arwah Adib Mohon Jangan Tuduh Keluarga Mata Duitan

Menurut laporan Kosmo, kanak-kanak yang merupakan salah seorang penghuni di sebuah rumah anak yatim dan miskin itu disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri pada 4 petang semalam. 

Kemudian mangsa dibawa tiga pelajar lain dan keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Penyelia asrama yang mengesyaki mangsa mengalami sawan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Polis kemudian telah menahan reman seorang pelajar berumur 16 tahun selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan siasatan giat dilakukan.

Berdasarkan siasatan, kejadian dikatakan berlaku disebabkan suspek tidak berpuas hati sampai berasa dendam terhadap mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital di Kuantan untuk bedah siasat. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas