Connect with us

Oh! Media

Hael Husaini Dituduh ‘Clubbing’ Di Korea, Pengurus Ambil Tindakan Susulan

Hael

Oh! Artis

Hael Husaini Dituduh ‘Clubbing’ Di Korea, Pengurus Ambil Tindakan Susulan

Sebut sahaja nama Hael Husaini, pasti ramai yang akan mengenali sosok tampan serta suara merdu penyanyi ini yang kian menempah nama dalam industri muzik Malaysia.

BACA: Bunyi Kuali Jadi Inspirasi, Kelentang-Kelentong Tajuk Lagu Terbaru Hael Husaini

Tidak terlepas juga, dia juga turut cemerlang dengan beberapa album nyanyiannya yang mendapat perhatian ramai termasuklah pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak dua kali.

IKLAN

Bertanya tentang keadaan terkini penyanyi berusia 33 tahun ini, dia dikhabarkan sedang berada di negara Korea atas urusan kerja bersama rakan-rakan penyanyi yang lain.

Pelajar Malaysia dakwa lihat Hael Husaini clubbing di Korea?

Terbaharu, terdapat pula dakwaan daripada seorang pelajar yang menetap di Korea apabila dirinya melihat penyanyi berkenaan sedang berseronok di sebuah kelab malam di negara tersebut.

Dakwaan itu dikongsikannya menerusi sebuah ciapan di laman Twitter memaklumkan ternampak seorang penyanyi terkenal masuk ke dalam satu kelab malam di Itaweon, Korea.

Image 2021 11 11t151026845

Berdasarkan tangkap layar pada ciapan itu, walaupun tidak menyebutkan nama penyanyi tersebut, namun hint-hint seperti Jampi, Haram dan Kelentang Kelontong seakan-akan memberikan gambaran mengenai Hael Husaini.

Perkongsian itu telah menjadi bualan ramai sehingga menimbulkan beberapa persoalan. Malah, ciapan daripada pelajar itu juga dikatakan telah dipadamnya.

Manager Hael beri respon, akan ambil tindakan susulan

Berhubung dengan kejadian itu, pihak pengurusan serta pembantu peribadi Hael tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu menerusi sebuah rakaman live di Instagram.

Menerusi perkongsian dari kelab peminat Hael di TikTok, mereka menyatakan bahawa tindakan susulan akan diambil kepada pelajar tersebut di atas dakwaan yang dilihat tidak berasas.

Walaupun ciapan tersebut telah dipadam, namun ia seakan-akan sudah terlambat kerana segala maklumat pelajar itu termasuklah alamat rumah dan media sosialnya telah dijumpai.

Photo1636615921
Photo1636615907

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengecam tindakan pelajar tersebut yang menuduh Hael Husaini tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Screenshot 1695
Screenshot 1696
Screenshot 1697
Screenshot 1698

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 400,000 jumlah tontonan serta mendapat 39,800 tanda suka.

Kredit: TikTok hhaelhusaini.fans

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas