Connect with us

Oh! Media

Caprice Dakwa Penyanyi Jual Video Lucah Dengan Kekasih Di Telegram

Ohmedia caprice

Oh! Artis

Caprice Dakwa Penyanyi Jual Video Lucah Dengan Kekasih Di Telegram

Isu Aurel terus hangat apabila Caprice tampil buat pendedahan video lucah

Nama individu yang dikaitkan dengan kontroversi sebelum ini kembali menjadi bualan hangat apabila beberapa pendedahan baharu dikongsikan oleh Caprice di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice mendakwa wujud aktiviti penjualan video tidak senonoh yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyanyi baru, termasuk dakwaan pautan Telegram diletakkan sendiri pada bio akaun TikTok.

Caprice tunjuk link sebagai bukti

Telegram cloud  size 5 6084752487362531157 y

Caprice memuat naik beberapa tangkap layar yang menunjukkan link daripada akaun TikTok ke saluran Telegram tertentu yang mempunyai ribuan pengikut.

IKLAN

Saluran itu turut memaparkan ayat berbentuk promosi yang mengajak pengguna untuk mesej bagi tujuan membeli video, sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Menurut Caprice, semakan mendapati pautan tersebut didakwa datang daripada akaun sebenar penyanyi berkenaan, malah orang ramai juga diminta untuk membuat semakan secara terbuka.

Promosi dan jual video lucah adelah satu jenayah besar. Budak ni dah lah ramai followers budak sekolah. @pdrmsia_officialdia yang letak link, admin yang jual. @skmm_mcmc @fahmifadzil.1.- Tulis Caprice.

Dakwaan video lucah sengaja disebarkan di Telegram

Telegram cloud  size 5 6084752487362531159 y

Dalam masa sama, timbul juga dakwaan penyebaran beberapa video lucah yang kononnya melibatkan seorang penyanyi lelaki tempatan bersama bekas teman wanitanya.

Difahamkan, terdapat empat video dengan durasi hampir 20 minit yang didakwa berlegar di Telegram dan beberapa platform lain.

Apa yang lebih mengejutkan, ada netizen membuat spekulasi bahawa penyanyi tersebut sendiri menyebarkan kandungan berkenaan kerana kecewa hubungan cinta mereka berakhir.

Telegram cloud  size 5 6084752487362531158 y

Pssttt! Diharapkan pihak yang terlibat dalam dakwaan ini tampil bersuara jika ia tidak benar tetapi jika ia benar, bertaubatlah. Kita tidak mahu perkara jijik seperti ini terus membarah dalam kalangan anak muda.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas