Oh! Tidak
Iran Serang Pangkalan AS Di UAE Kerana Bunuh 150 Pelajar Perempuan
Iran dakwa serang pangkalan AS di UAE selepas serangan sekolah Minab bunuh lebih 150 orang pelajar perempuan.
Iran telah melancarkan serangan ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Emiriah Arab Bersatu. Tindakan itu dikatakan sebagai tindak balas selepas satu serangan tragis melibatkan sebuah sekolah di Iran.
Menurut laporan, serangan yang berlaku di daerah Minab, selatan Iran minggu lalu telah mengorbankan lebih 150 orang termasuk pelajar perempuan sekolah rendah. Insiden ini mencetuskan kemarahan pihak berkuasa Iran dan membawa kepada tindakan balas yang kini menjadi perhatian dunia.
Iran berjaya serang pangkalan AS

Kor Pengawal Revolusi Iran mendakwa pangkalan udara Al Dhafra di UAE menjadi sasaran mereka kerana dipercayai digunakan sebagai lokasi pelancaran serangan ke atas sekolah di Minab.
Serangan balas itu dilaporkan menggunakan dron dan juga peluru berpandu berketepatan tinggi yang disasarkan terus ke pangkalan tentera milik Amerika Syarikat di rantau tersebut.
Pangkalan udara Al-Dhafra, milik pengganas AS di rantau ini disasarkan menggunakan dron dan peluru berpandu berketepatan tinggi.- Katanya.
AS dan Israel nafikan penglibatan

Sehingga kini, Israel dan Amerika Syarikat tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang didakwa oleh Iran itu. Pentagon turut memaklumkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
AS tidak akan dengan sengaja menyasarkan sebuah sekolah.- Katanya.

Dalam perkembangan lain, laporan oleh akhbar The New York Times menyatakan terdapat kemungkinan operasi tentera Amerika Syarikat berlaku berhampiran Selat Hormuz pada waktu yang sama.
Menurut laporan itu, analisis media sosial serta foto dan video daripada saksi menunjukkan sekolah tersebut terkena serangan pada masa yang sama dengan beberapa lokasi pangkalan tentera laut IRGC.
Situasi ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana pangkalan IRGC juga terletak berhampiran kawasan Selat Hormuz yang menjadi laluan penting perdagangan dunia.
Pssttt! Ohmedia harap konflik seperti ini tidak terus memakan korban orang awam terutama kanak kanak. Dalam apa jua konflik, keselamatan orang tidak berdosa sepatutnya sentiasa jadi keutamaan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM