Connect with us

Oh! Media

Seorang Lagi Pelajar Parah Dilanggar Guru Di SMK Tanjong Mas Kini Stabil

Ohmedia pelajar dirempuh

Oh! Tidak

Seorang Lagi Pelajar Parah Dilanggar Guru Di SMK Tanjong Mas Kini Stabil

Pelajar parah dilanggar guru di SMK Tanjong Mas kini stabil dan sedang dirawat di hospital.

Kes kemalangan yang berlaku di hadapan surau SMK Tanjong Mas semalam membuatkan kita semua bersedih. Dua pelajar perempuan terlibat dalam kejadian tragis ini, dengan seorang daripadanya iaitu Nur Fatimatul Hawa disahkan meninggal dunia di lokasi.

Namun, seorang lagi mangsa yang parah kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Perkembangan ini sedikit sebanyak melegakan ramai yang mengikuti berita kes tersebut.

Pelajar parah dilanggar guru kini stabil

Fatimah
Nur Fatimatul Hawa pelajar yang meninggal dunia

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob memaklumkan mangsa, Zara Akhtar Zamzuri, 13, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

IKLAN

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka, namun keadaannya stabil dan terus dipantau rapi oleh pihak hospital. Usaha rawatan terbaik juga sedang diberikan bagi memastikan dia pulih sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi.

Kami berharap masyarakat dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa.

Kami memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian ini.- Katanya.

Kronologi kejadian tragis

Menurut laporan sebelum ini, kejadian berlaku sekitar jam 1.50 tengah hari di hadapan surau sekolah berkenaan. Sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita dipercayai hilang kawalan selepas tertekan pedal minyak.

Kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar dua pelajar perempuan yang berada di kawasan itu. Akibat pelanggaran kuat, seorang mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pssttt! Korang, dalam situasi macam ni paling penting kita jaga sensitiviti dan elakkan sebarkan spekulasi. Doakan yang baik-baik untuk mangsa dan keluarga, sebab kadang-kadang satu berita boleh beri kesan besar pada hidup orang lain.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas